Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

109) KEMPEN ALAM SEKITAR PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah yang diambil untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar?

    Pelbagai langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri di bawah dalam menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar. Pelbagai program-program dan kempen-kempen alam sekitar diadakan sebagai inisiatif Kerajaan Negeri dalam mempromosikan penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar. Selain daripada program alam sekitar yang diadakan, poster, brochure, pamphlets mengenai penjagaan alam sekitar juga dicetak untuk dijadikan bahan bacaan semua lapisan masyarakat. Undang-undang atau peraturan alam sekitar juga sentiasa dipantau dan dikuatkuasakan kepada pihakpihak yang tidak bertanggungjawab dan menyalahi undang-undang atau peraturan alam sekitar sedia ada bagi memberikan pengajaran kepada semua pihak.

  2. Sejauh manakah pendekatan yang diambil untuk menyedarkan rakyat tentang perkara ini?

    Antara pendekatan-pendekatan yang diambil bagi memastikan kesedaran orang ramai dalam perkara ini adalah dengan mengadakan program-program seperti di bawah :-

    • Kempen-kempen kesedaran di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi.
    • Karnival Hijau Alam Sekitar bersama Jabatan Alam Sekitar Selangor
    • Kempen penanaman pokok di tempat-tempat yang terpilih
    • Memantau dan menggalakkan penanaman pokok di sekitar Negeri Selangor
    • Mengadakan Papan Tanda kesedaran alam sekitar di beberapa kawasan terpilih di Negeri Selangor.
  3. Apakah kesan positif yang telah dicapai hasil dari pendekatan yang telah dilakukan?

    Antara kesan-kesan positif yang dapat dilihat hasil dari pendekatan yang telah dilakukan adalah dengan penglibatan dan penerimaan pelbagai golongan dalam Kempen Hari Tanpa Beg Plastik pada setiap Hari Sabtu. Semakin ramai pihak yang menitikberatkan konsep pembangunan hijau dalam pembinaan bangunan baru menunjukkan bahawa kesedaran masyarakat mengenai penjagaan alam sekitar semakin tinggi. Penglibatan masyarakat setempat yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah dan golongan belia semasa program-program alam sekitar dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri amat menggalakkan dan mendapat sambutan yang amat baik.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.