Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
94) KEMISKINAN HAID
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam membasmi isu kemiskinan haid dalam kalangan remaja perempuan terutamanya di luar bandar?
Pendidikan kesihatan berkenaan kesihatan remaja dan reproduktif wanita termasuk penjagaan dan pengurusan haid adalah salah satu tajuk dalam pendidikan kesihatan kepada pelajar sekolah diberikan oleh pasukan kesihatan sekolah kepada remaja perempuan semasa lawatan ke sekolah. Pendidikan kesihatan juga diberikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah / Klinik Kesihatan berdekatan sekiranya terdapat permohonan dari pihak sekolah / guru bagi tajuk yang berkaitan. Walau bagaimanapun isu kemiskinan haid dalam kalangan remaja perempuan terutamanya di luar bandar adalah melibatkan Jabatan-jabatan lain terutama daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.