Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
193) KEMISKINAN BANDAR DI PETALING JAYA
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menangani isu kemiskinan bandar, terutamanya di kawasan pangsapuri kos rendah di Petaling Jaya?
Pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya amat menyokong inisiatif peduli rakyat oleh kerajaan negeri bagi membantu golongan B40 dengan beberapa inisiatif pembasmian kemiskinan bandar di peringkat majlis seperti berikut;
- Sumbangan Pesakit Terlantar
- Sumbangan Perayaan
- Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sekolah
- Kelas Tambahan Pelajar Sekolah
- Sumbangan Kembali Ke Sekolah
- Bengkel Kemahiran
- Bantuan Menjana Pendapatan
- Perkhidmatan Van OKU
- Tajaan Pelajar Ke Institusi Kemahiran Berdaftar
- Food Bank
- Tawaran Kerja Pekerja Rendah Di Dewan dan Tandas Majlis
- Keutamaan Lesen Berniaga Peniaga Kecil