Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
181) KEMISKINAN BANDAR
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa ramaikah golongan miskin Bandar yang telah mendaftar dan menerima Skim Mikro Kredit ini mengikut DUN?
Kerajaan Negeri melalui Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) sedang menubuhkan
Sekretariat bagi Program Mikro Kredit ini dan dijangka akan mula beroperasi pada akhir
Julai 2010. Justeru, setakat ini pendaftaran belum dibuka. -
Selain skim ini, apakah program lain yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu golongan miskin Bandar agar mereka boleh berdikari sendiri?
Di antara program-program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu
masyarakat sama ada di bandar mahupun di luar bandar untuk hidup berdikari, Kerajaan
Negeri menyediakan bantuan dari segi peralatan dan mesin kepada pengusaha industri
kecil dan peniaga kecil-kecilan yang berpendapatan rendah. Program yang
dimaksudkan adalah Program Bantuan Peralatan “Blueprint” dan Program Bantua Dana
Industri Kecil Sederhana (IKS). Melalui bantuan mesin dan peralatan, peniaga mahupun
pengusaha kecil dilihat berjaya meningkatkan pendapatan keluarga melalui peningkatan
penghasilan produk. -
Bagaimanakah Kerajaan Negeri menyelaraskan pemberian bantuan untuk golongan miskin Bandar melalui Lembaga Zakat Selangor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)?
Antara bantuan yang disalurkan oleh Lembaga Zakat Selangor untuk membantu
kemiskinan di bandar ialah :
1) Sewa rumah kepada yang layak melalui permohonan selama 6 bulan dan akan
disambung melalui permohonan semula sekiranya layak.
2) Rumah penempatan sementara dikenali sebagai Pangsapuri Barakah. Penghuni
hanya membayar bil elektrik dan bil air sahaja.
3) Bayaran yuran pendidikan Pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah
pada awal tahun persekolahan.
4) Bantuan kewangan dan makanan bulanan selama setahun.
5) Bantuan modal perniagaan.
6) Bantuan persediaan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.