Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
271) KEMISKINAN BANDAR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membasmi kemiskinan bandar dan apakah keberkesanannya mengikut statistik?
Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kemiskinan mengambil berat mengenai hal kemiskinan sama ada di bandar atau di luar bandar. Buat masa sekarang, Kerajaan Negeri masih meneruskan program-program sedia ada iaitu Program Bantuan Blueprint Kemiskinan, Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin,dan Tajaan Kemahiran Teknikal. Bagi memastikan bantuan-bantuan ini terus sampai kepada golongan sasar maka Kerajaan Negeri akan mengadakan bancian di Selangor sama ada di bandar atau luar bandar dalam masa terdekat. Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sedang memilih beberapa universiti di Selangor untuk mengadakan kerjasama bagi tujuan bancian
-
Berapakah peruntukan yang disasarkan khususnya untuk tujuan tersebut?
Bagi tujuan pembasmian kemiskinan, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan seperti berikut:
Sebanyak RM2 juta diperuntukkan di bawah vot Kemiskinan untuk program bantuan peralatan perniagaan di bawah program Bantuan Blueprint Kemiskinan serta program-program pembasmian kemiskinan; dan
Sebanyak RM2.3 juta bagi Tajaan Kemahiran Teknikal yang bertujuan membantu anak-anak dari keluarga miskin yang tercicir dalam akademik untuk belajar di peringkat Sijil dan Diploma
-
Apakah rancangan masa depan?
Jawatankuasa Tetap Kemiskinan sedang memperhalusi beberapa program baru untuk dilaksanakan pada tahun hadapan. Perkara ini akan dimaklumkan setelah ianya mendapat kelulusan Kerajaan Negeri untuk