Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

11) KEMISKINAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan bersepadu kerajaan negeri bagi mengurangkan perbezaan pendapatan antara golongan miskin dan kaya?

    Kerajaan Negeri telah mewujudkan beberapa program bersepadu untuk membasmi
    kemiskinan yang berteraskan kepada empat strategi iaitu perumahan, pekerjaan,
    pendidikan dan kesihatan. Program-program Pembasmian Kemiskinan yang
    dilaksanakan adalah seperti berikut:-
    i) Program Kerajaan Prihatin;
    ii) Program Bantuan Kesihatan (katarak mata, Dialisis buah pinggang dan
    pembedahan Kecil);
    iii) Program Bantuan Peralatan Perniagaan “Blueprint”; dan
    iv) Program Kemahiran Teknikal di Kolej Antarabangsa INPENS.
    Program ini berlandaskan kepada objektif untuk meningkatkan pendapatan dan taraf
    hidup rakyat miskin di mana aspek-aspek sosial dan keperluan fizikal golongan
    miskin di ambil berat oleh Kerajaan Negeri.
    Selain itu, Kerajaan Negeri turut memberi fokus kepada pelaksanaan Program
    Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di mana Program Merakyatkan Ekonomi
    Selangor (MES) menitikberatkan hal kebajikan rakyat Negeri Selangor tanpa mengira
    kaum, agama, usia dan fahaman politik. Program serampang dua mata ini
    merupakan satu harapan baru kepada seluruh rakyat Selangor dalam membantu
    untuk meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat akibat daripada peningkatan
    kos sara hidup.
    Selain program-program yang dinyatakan tersebut, Kerajaan Negeri juga sedang
    menubuhkan Sekretariat bagi Program Mikro Kredit. Program ini dijangka akan mula
    dilaksanakan pada akhir Julai 2010 dan ia secara langsung akan banyak membantu
    golongan miskin dan memerlukan untuk mendapatkan modal untuk menjana
    pendapatan.

  2. Senaraikan kadar kemiskinan mengikut pecahan daerah daripada tahun 2006-2010.

    Kadar Kemiskinan mengikut pecahan daerah daripada tahun 2006 hingga 2008
    adalah seperti berikut:-
    Bil Daerah KIR Miskin KIR Miskin
    Tegar
    Jumlah KIR
    Miskin
    1. Gombak 1282 837 2119
    2. Klang 472 504 976
    3. Kuala Langat 1709 250 1959
    4. Kuala Selangor 183 155 338
    5. Petaling 369 146 515
    6. Sabak Bernam 466 387 853
    7. Sepang 141 467 608
    8. Hulu Langat 770 887 1657
    9. Hulu Selangor 732 147 879
    JUMLAH 6124 (0.56%) 3780 (0.34%) 9904 (0.9%)
    Sumber:UPEN/Pejabat Daerah
    * Data ini adalah setakat 4 Mac 2008 dan dibentangkan di dalam Mesyuarat Proverty
    Mapping Negeri-Negeri bersama Ketua Setiausaha Negara (KSN).
    Kadar kemiskinan yang dipaparkan adalah berdasarkan kepada Pendapatan Garis
    Kemiskinan sebanyak RM731 bagi miskin dan RM419 bagi miskin tegar dengan ahli
    isirumah seramai 4.6 orang.
    Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri sedang mengemas kini data bagi tahun 2010
    berdasarkan kepada Pendapatan Garis Kemiskinan baru iaitu RM1500.00 bagi ahli
    isirumah seramai 5 orang. Di mana kajian p

Lampiran

Tiada Lampiran.