Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
151) KEMISKINAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kesan program Merakyatkan Ekonomi Selangor(MES) dapat mengurangkan kadar keluarga miskin tegar?
- Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) adalah agenda Kerajaan Negeri untuk membantu mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah. Program MES ini telah dan akan dilaksanakan mengikut fasa-fasa seperti berikut :-
Fasa Pelaksanaan Program MES Fasa I
i) Tabung Anak Kelahiran Selangor ii) Bekalan Air Percuma Bagi 20m2
iii) Hadiah Anak Masuk Universiti
iv) Caruman Takaful
v) Penubuhan Kumpulan Khazanah Selangor
vi) Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC)
Fasa II
i) Kemudahan cuti bersalin 90 hari ii) Kemudahan cuti untuk suami yang isterinya bersalin (14 hari)
iii) Cuti kematian suami (30 hari)
Fasa III
i) Caruman takaful OKU/ Anak Yatim ii) Bantuan kepada peniaga muda
iii) Bimbingan perniagaan kepada belia
iv) Bantuan anak ke nurseri
v) Bantuan anak prasekolah
vi) Bantuan mendirikan rumah tangga
vii) Elaun Ibu Tunggal
viii) Elaun Khas Suri rumah
ix) Bantuan memiliki rumah tangga
-
Apakah rancangan spesifik kerajaan dalam mempertingkatkan pendapatan keluarga miskin masyarakat India?
- Banyak program-program Kerajaan Negeri yang membantu meningkatkan pendapatan keluarga miskin semua kaum termasuk masyarakat India seperti Program Subsidi Tambang Bas, Program Kecemerlangan Anak-Anak UPSR, PMR dan SPM. Program peralatan ‘Blueprint’, Program Bantuan Kesihatan, Program Kerajaan
-
Adakah kerajaan bersedia memberi hak milik atau pajakan tanah pertanian PKPS kepada rakyat miskin untuk menambahkan pendapatan?
- Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 30 Mac 2010 telah menolak soalan