Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
14) KEMISKINAN
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah garis panduan untuk menentukan mereka yang miskin dan senaraikan indeks kemiskinan mengikut pecahan daerah daripada tahun 2008-2012.
Kemiskinan membawa maksud, jumlah pendapatan bulanan sesebuah isi rumah yang berada di bawah tahap Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu indikator yang membolehkan sesebuah keluarga tersebut memiliki dan memenuhi keperluan asas dari segi makanan dan bukan makanan, yang membolehkan setiap ahli keluarga berfungsi di dalam masyarakat. Sementara peratusan rakyat dibawah garis kemiskinan di Negeri Selangor (1,503,629 jumlah penduduk yang dikategorikan sebagai miskin iaitu pendapatan kurang dari RM1500.00) dibahagi dengan jumlah populasi di Negeri Selangor iaitu 5,070,000 menjadikan sejumlah 18%.
Negeri Selangor merupakan antara negeri yang mempunyai pertumbuhan populasi yang sangat tinggi dimana pertumbuhan tersebut didorong oleh pertumbuhan ekonomi yang pesat. Selain itu pertumbuhan tersebut berlaku antara lain adalah disebabkan oleh perpindahan rakyat negeri lain ke Negeri Selangor. Sehubungan dengan itu mengikut data terkini, terdapat sebanyak 274,937 jumlah warga miskin di Negeri Selangor berdasarkan kepada paras garis kemiskinan (PGK) 2007 iaitu pada kadar RM731.00 sebulan. Jumlah tersebut menyumbang kepada 5.3% dari jumlah populasi rakyat Negeri Selangor. Bagaimanapun kadar garis kemiskinan telah ditingkatkan menjadi RM1500.00. Berdasarkan kepada bancian yang dijalankan pada tahun 2007 terdapat seramai 1,530,629 penduduk Negeri Selangor yang berpendapatan bawah RM 1500 iaitu menjurus kepada 30% populasi rakyat Negeri Selangor.
-
Apakah rancangan bersepadu kerajaan negeri bagi membantu golongan miskin di Negeri Selangor, demi mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara golongan miskin dan kaya di Negeri Selangor?
Kerajaan Negeri melalui Jawatan Kuasa Tetap (Stanco) kemiskinan telah menggariskan tiga fungsi utama dalam menangani kemiskinan di Negeri Selangor, iaitu dengan menyediakan:
- Bantuan Perumahan ii. Bantuan Pendidikan iii. Bantuan Peluang Pekerjaan
- Bantuan Perumahan
Melalui Program Kerajaan Prihatin, Rumah Program Rakyat Termiskin (PPRT) telah dibina dengan kos maksima sebanyak RM30,000.00 sementara itu bantuan baik pulih juga diwujudkan bagi membantu golongan sasar mendapat kemudahan tempat tinggal yang lebih selesa. ii Bantuan Pendidikan
Kerajaan Negeri telah menyediakan kemudahan Program Kemahiran Teknikal dengan kerjasama kolej Internasional INPENS di Kuala Selangor dimana peluang melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran ini dibuka kepada seluruh pelajar miskin di Negeri Selangor untuk menyambung pengajian ke peringkat tertinggi dan ini diharap dapat mengelakkan jurang pendidikan dan masalah keciciran di kalangan pelajar terutama sekali pelajar luar bandar.
- Bantuan Peluang Pekerjaan
Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor yang diwudkan pula adalah bagi membantu golongan sasar berdikari dan menambahbaik perusahaan atau bidang tertentu yang telah diusahakan bagi menambah pendapatan sedia ada. Program ini diselaraskan dengan memberi bantuan berbentuk peralatan dan mesin kepada pemohon yang layak diberi bantuan.
- Bantuan Perumahan ii. Bantuan Pendidikan iii. Bantuan Peluang Pekerjaan