Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

6) KEMISKINAN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyakkah permohonan bantuan Blueprint telah diluluskan untuk tahun 2014, 2015 dan 2016?

    Sepertimana umum sedia maklum, Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan merupakan salah satu daripada usaha Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Kemiskinan yang bertujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi melalui penjanaan/ peningkatan pendapatan bagi golongan masyarakat/ individu yang berpendapatan di bawah RM1,500.00 sebulan atau pendapatan seisi rumah di bawah RM3,000.00 terutamanya melibatkan peniagapeniaga kecil menerusi pemberian bantuan peralatan/ mesin berdasarkan perusahaan yang sedang dijalankan.  

    Sebagai makluman, jumlah penerima manfaat dan jumlah perbelanjaan bagi tahun 2014 hingga tahun 2016 adalah seperti berikut :-

    BIL. TAHUN JUMLAH PENERIMA

    MANFAAT (ORANG)

    JUMLAH

    PERBELANJAAN

    (RM)

    1. 2014 523 RM1,524,790.00
    2. 2015 404 RM1,339,740.00
    3. 2016 504 RM1,815,163.00
    JUMLAH KESELURUHAN 1,431 RM4,679,693.00

    Ini menjadikan jumlah keseluruhan permohonan yang diluluskan bagi tahun 2014 hingga tahun 2016 adalah sebanyak 1,431 permohonan dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM4,679,693.00

  2. Apakah mekanisma kerajaan bagi menentukan penerima bantuan blueprint berjaya meningkatkan pendapatan masing-masing?

    Dalam memantau serta mengenalpasti impak dan keberkesanan terhadap pelaksanaan program ini, satu Kaji Selidik/ Kajian Impak yang melibatkan penerima manfaat bagi tahun 2010 hingga tahun 2014 telah dijalankan oleh Pejabat Daerah/ Tanah. Hasil kajian impak tersebut mendapati bahawa sebanyak 92.8% penerima manfaat telah berjaya meningkatkan pendapatan mereka. Manakala sebanyak 0.30% penerima manfaat pula didapati pendapatan mereka semakin menurun dan sebanyak 6.90% penerima manfaat pula tiada perubahan terhadap pendapatan mereka. Secara puratanya, peratus peningkatan pendapatan selepas menerima manfaat pula adalah sebanyak 31%. Kaji selidik/ kajian impak lanjut tehadap penerima manfaat bagi tahun 2015 dan 2016 kini sedang giat dijalankan oleh Pejabat Daerah/ Tanah.

    Oleh yang demikian, berdasarkan hasil kajian impak ini, ianya dapat merumuskan bahawa pelaksanaan Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor telah mencapai matlamat utama program, iaitu taraf ekonomi penerima manfaat berjaya ditingkatkan.

  3. Berapakah jumlah wang kerajaan yang telah dibelanjakan untuk tahun 2014, 2015 dan 2016 berbanding penerima?

    Sama seperti di SUB(a)

Lampiran

Tiada Lampiran.