Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

15) KEMELUT INDUSTRI PASIR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terbaru kemelut industri pasir negeri Selangor didakwa menyebabkan kematian seorang ahli perniagaan dan juga isu rasuah membabitkan dua ADUN kerajaan negeri. Apakah inisiatif kerajaan negeri untuk ÔmembersihkanÕ dakwaan ini?

    Kerajaan Negeri telah mengadakan pendengaran awam SELCAT pada 5hb – 7hb Mac 2012 untuk menyiasat tuduhan tersebut.

  2. Adakah sesi pendengar SELCAT akan dipanggil semula berdasarkan perkembangan ini?

    Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 1 Mac 2012 telah menolak soalan ini.

  3. Apakah industri pasir Selangor benar-benar bebas dari pengaruh kongsi gelap dan kegiatan rasuah serta salah guna kuasa?

    Pengaruh kongsi gelap (gengster) telah lama sinonim dengan Industri Pasir. KSSB tidak mengamalkan budaya ini. KSSB juga telah mengadakan pakatan integriti dengan SPRM dan Transparency International – Malaysia di dalam memastikan operasinya tidak dikaitkan dengan salah guna kuasa, rasuah dan pengaruh kongsi gelap.

Lampiran

Tiada Lampiran.