Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

222) KEMBALIKAN HAK AIR KEPADA RAKYAT NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini proses rundingan penstrukturan air Negeri Selangor dengan syarikat konsesi dan Kerajaan Persekutuan selepas kempen tersebut dijalankan ?

    1. Selepas kempen Kembalikan Hak Air kepada Rakyat Negeri Selangor dijalankan pada bulan Disember 2010, Kerajaan Persekutuan telah memberi kelulusan supaya Kerajaan Negeri Selangor diberi mandat untuk memberi tawaran semula kepada keempat-empat syarikat konsesi air di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor telah membuat tawaran baru kepada syarikat-syarikat konsesi air tersebut pada 6 Januari 2011, dan tawaran tersebut ditolak oleh Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (SPLASH), dan diterima dengan syarat oleh ABASS Sdn. Bhd. Kerajaan Negeri tidak diterima jawapan daripada Pihak Puncak Niaga (M) Sdn Bhd. (PNSB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (SYABAS) sama ada diterima atau ditolak, sebab yang diberi adalah kerana tawaran ialah inter-conditional, maknanya setelah dimaklumkan bahawa SPLASH menolok tawaran, tawaran tidak lagi

    Setelah tawaran terakhir tersebut telah tamat tempohnya, Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan dalam media bahawa cadangan baru akan dibentangkan kepada Kerajaan Negeri Selangor. Setakat ini, tiada apa-apa cadangan baru yang telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor masih menunggu notis daripada pihak Kerajaan Persekutuan.

  2. Sila nyatakan setakat manakah kefahaman dan kesedaran rakyat Negeri Selangor selepas dan sebelum kempen tersebut dijalankan ?

    1. Kefahaman dan kesedaran rakyat negeri Selangor mengenai isu  penstrukturan  air negeri Selangor telah berkembang hasil daripada kempen Kembalikan Hak Air kepada Rakyat Negeri Selangor, melalui siri ceramah yang dilaksanakan di merata kawasan di negeri Selangor. selain daripada itu, kempen tandatangan juga dilaksanakan di mana lebih daripada 500,000 diperolehi untuk menyokong pendirian  Kerajaan  Negeri  Laman web www.airuntukrakyat.net juga dilaksanakan supaya orang awam dapat mendapat maklumat secara lebih teliti.

     

  3. Sila huraikan tindakan susulan yang bakal diambil oleh pihak Kerajaan Negeri sekiranya pihak syarikat konsesi masih berkeras dan enggan menerima tawaran penstrukturan semula industri air dari Kerajaan Negeri Selangor ?

    1. Kerajaan Negeri Selangor telah menulis kepada Menteri Tenaga, Teknologi  Hijau dan  Air (KeTTHA) untuk mengesyorkan agar Kerajaan Persekutuan menggunakan kuasa beliau di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 665) klausa 19 (1) untuk memastikan syarikat-syarikat konsesi ari akan bersetuju untuk menjual aset dan ekuiti syarikat-syarikat mereka, dan sekiranya mereka tidak bersetuju nilai ekuiti yang ditawar, kesemua pihak akan merujuk perkara ini kepada international arbitration untuk menentukan nilai ekuiti pampasan mereka. cadangan baru Kerajaan Persekutuan sepatutnya dibentangkan terlebih dahulu sebelum dinilai secara teliti oleh Kerajaan  Negeri

Lampiran

Tiada Lampiran.