Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

33) KEMASUKAN PELABUR KE SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik kemasukan pelaburan ke Selangor dari tahun 2010-2014?

    Statistik kemasukan pelaburan ke Selangor dari tahun 2010 hingga 2014 adalah seperti berikut:-

    Tahun Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM)
    2010 325 27,865 5,494,986,553 5,146,848,848 10,641,835,401
    2011 263 20,750 4,504,853,012 4,237,146,599 8,741,999,611
    2012 252 22,719 7,305,494,367 4,429,323,568 11,734,817,935
    2013 228 23,519 6,207,711,908 3,625,294,944 9,833,006,852
    2014 229 15,118 3,836,871,787 3,205,388,198 7,042,259,985
               
    Jumlah 1,297 109,971 27,349,917,627 20,644,002,157 47,993,919,784

    Sumber : MIDA

  2. Apakah faktor-faktor turun naik jumlah pelaburan yang masuk ke Selangor?

    Berdasarkan kajian pihak Invest Selangor, antara faktor-faktor turun naik jumlah pelaburan yang masuk ke Selangor seperti berikut:-

    • Kadar penurunan prestasi FDI di peringkat global. Merujuk kepada Laporan oleh UNCTAD, FDI di peringkat global pada tahun 2014 telah menurun sebanyak 8%.
    • Keadaan ekonomi semasa di peringkat Global yang kurang memberangsangkan.
    • Senario politik semasa.
    • Isu bekalan air yang disensasikan oleh media.
    • Selangor tidak lagi memfokus kepada industri berat.
    • Harga tanah industri yang tinggi berbanding Negeri lain
    • Keadaan penawaran tenaga kerja tempatan yang kurang menyebabkan industri yang berintensifkan buruh tidak digalakkan.
  3. Senaraikan 5 buah negara tertinggi nilai pelaburannya di Selangor?

    Lima (5) Negara tertinggi yang melabur di Selangor pada tahun 2014 antaranya:-

    Bil. Negara Projek Peluang Pekerjaan Jumlah Modal Pelaburan (RM)
    Singapore 22 1,485 872,721,382
    Japan 18 2,001 824,889,627
    United Arab Emirates (UAE) 1 90 373,900,000
    Korea Rep. 2 305 196,516,541
    Taiwan 5 454 145,466,675

    Sumber : MIDA

Lampiran

Tiada Lampiran.