Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

334) KEMALANGAN JALAN RAYA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah pencegahan dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk menurunkan kadar peratusan kemalangan jalan raya di Negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri Menerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Negeri Selangor sentiasa bekerjasama rapat dengan pelbagai pihak yang terlibat seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Kementerian Kesihatan, Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pendidikan Malaysia dan agensi kerajaan lain serta pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan dalam pelbagai aktiviti penguatkuasaan dan kempen kesedaran sebagai langkah pencegahan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negeri ini. Kerjasama yang dijalankan ini turut melibatkan pendidikan keselamatan jalan raya bermula dari peringkat kanak-kanak sebagai inisiatif jangka panjang bai melahirkan generasi baru pengguna jalan raya yang mengamalkan budaya selamat, beradab, berhemah dan berhati-hati di jalan

  2. Sila menyatakan jumlah kes kemalangan maut jalanraya yang telah berlaku dalam Tahun 2015 di Jalan Klang-Banting-Port Dickson (Dari DUN Sijangkang- Telok Datok- Morib).

    Berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), sebanyak 951 kes kemalangan telah berlaku mulai Januari 2015 sehingga September 2015 di Jalan Klang – Banting – Port Dickson (dari DUN Sijangkang – Telok Datuk – Morib). Daripada jumlah ini, sebanyak 13 kes dikategorikan sebagai kemalangan maut dan melibatkan 13

Lampiran

Tiada Lampiran.