Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

21) KEMAJUAN SUKAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Selangor merupakan negeri maju di Malaysia namun bagaimanakah kita mampu menaikkan industri sukan sebagai salah satu penjana ekonomi negeri?

    Bagi memastikan semua kilang mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan, pihak Majlis telah menjalankan tindakan penguatkuasaan bersepadu dengan agensi luar seperti Pejabat Daerah/Tanah Klang, Tenaga Nasional Berhad dan AIR Selangor (bagi pemotongan bekalan elektrik dan air). Selain itu juga, pelaksanaan syarat-syarat teknikal minima bagi kilang-kilang yang tersenarai dalam Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) ini membantu syarat-syarat teknikal dipatuhi oleh setiap pekilang.

  2. Adakah ada program sukan khusus kepada Lembah Jaya bagi tujuan menaikkan sukan-sukan tertentu?

    Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor telah menggerakan Program Pusat Latihan Daerah melalui Majlis Sukan Daerah di seluruh negeri Selangor termasuklah Lembah Jaya di bawah Majlis Sukan Daerah Hulu Langat.

    Pemilihan jenis sukan yang dijalankan didalam Program Pembangunan Sukan adalah berdasarkan kemudahan fasiliti, peralatan sukan dan keberadaan jurulatih yang berkelayakan dikawasan tersebut. Oleh yang demikian peluang sentiasa terbuka kepada atlet atau anak-anak muda disekitar kawasan dalam menceburi bidang sukan tertentu di daerah atau kawasan Dun masing-masing.

    Selain daripada itu, kerjasama rapat dengan Jabatan Pelajaran Negeri dan daerah memberi ruang untuk semua anak-anak yang berbakat dalam sukan-sukan tertentu melalui seiring dan program mengenalpasti bakat bagi melahirkan atlet-atlet baru diperingkat semua sekolah.

Lampiran

Tiada Lampiran.