Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
236) KEMAJUAN PROJEK TEBATAN BANJIR DI KAJANG
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kemajuan projek tebatan banjir di sekitar Kajang bagi memastikan Bandar Kajang tidak lagi mengalami banjir
Projek membaikpulih dan Penstabilan Sungai Jeluh di Pekan Kajang, Daerah Hulu Langat siap sepenuhnya 100% pada 10 Oktober 2016. Projek ini kini dalam status „Defect Liabilty Period (DLP)‟ selama setahun dari 10 Oktober 2016 berakhir pada 10 Oktober 2017. Dalam tempoh ini kontraktor bertanggungjawap sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang kegagalan pada struktur pembinaan. Kos kontrak ini adalah RM 4,821,005.80.
-
Sejauhmana penambahbaikan telah dan akan dibuat bagi Sungai Langat, Sungai Jeluh, Sg Balak Sungai Merbau dan Sungai Sekamat?
Kerja-kerja penambahbaikan yang dalam pelaksanaan oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Hulu Langat bagi sungai-sungai adalah seperti berikut:
Sungai Langat
- Program Pemuliharaan Sungai untuk Mengurangkan Risiko Banjir Di Taman Taming Mas, Hulu Langat
Kos : RM 248,729.00
Siap : 100%
- Program Pemuliharaan Sungai untuk Mengurangkan Risiko Banjir Di Taman Seri Mas, Hulu Langat
Kos : RM 194,987.00
Siap : 100%
- Program Pemuliharaan Sungai untuk Mengurangkan Risiko Banjir Di Taman Hijau, Hulu Langat
Kos : RM 402,164.00
Siap : 85%
- Program Pemuliharaan Sungai untuk Mengurangkan Risiko Banjir Di Taman Muhibbah Hulu Langat
Siap : 75%
Kos : RM 392,306.00
Sungai Merbau
- Program Pemuliharaan Sungai untuk Mengurangkan Risiko Banjir Di Sungai Merbau (Missing Link)
Kos : RM 408,439.20
Siap : 65%
Sungai Sekamat
- Program Pemuliharaan Sungai untuk Mengurangkan Risiko Banjir Di Sungai Long dan Sungai Sekamat
Kos : RM 112,095.00
Siap : 90%
Sungai Balak
Projek Menaiktaraf Sungai Balak bagi Mengatasi masalah Hakisan serta Serta kerja-kerja berkaitan
Anggaran Kos : RM 5.5 juta peruntukan Caruman Parit
Status Terkini : Pembentangan Deraf Final Report kepada Y.B.Tuan Ng Tien Chee pada 12.Oktober 2016
Diatas kekangan kewangan peruntukan Caruman Parit, kos ini akan dimasukkan dibawah Peruntukan Pembangunan (P13) sebelum diiklan pada November 2016.
-
Berapakah peruntukan yang dikeluarkan?
Sehingga November 2016, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor (JPS) telah membelanjakan sejumlah peruntukan RM 6,579,726.00 untuk kerja- kerja menaiktaraf Sungai Jeluh, Sungai Langat, Sungai Merbau dan Sungai Sekamat.
Bagi Sungai Balak, permohonan bagi iklan projek ini dengan kos RM 5.5juta masih dalam tindakan.