Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

142) KEMAJUAN PROJEK LOJI RAWATAN AIR LANGAT 2

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh mana kerja-kerja pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) telah dilaksanakan dan apakah terdapat masalah-masalah semasa yang menghalang pemajuan projek tersebut?

    Kerja-Kerja Membina dan Menyiapkan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) adalah dilaksanakan oleh dilaksanakan oleh Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Melalui maklumat yang diperoleh, kerja-kerja sebenar di tapak telah mencapai 64.47% berbanding jadual sebanyak 71.40%. Tarikh jangkaan siap keseluruhan projek dijadualkan pada akhir tahun

  2. Bilakah LRA2 tersebut dapat beroperasi serta kawasan-kawasan mana di Lembah Klang dan Selangor yang akan menerima air LRAL2?

    Apabila LRAL2 ini siap dan beroperasi, ianya akan membekalkan air terawat ke kolam-kolam agihan di Hulu Langat, Ampang, AU3, Kuala Lumpur, Cheras, Sg Besi, Bukit Jalil, Serdang dan

Lampiran

Tiada Lampiran.