Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

68) KEMAJUAN INDUSTRI KECIL DAN DESA

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mempromosi dan membangunkan industriindustri kecil kampung dan desa?

    Kerajaan Negeri pada masa ini telah dan sedang merancang untuk membangunkan pusat pengumpulan di daerah – daerah bagi mempergiatkan industri IKS. Dengan adanya pusat pengumpulan ini dijangka produk-produk IKS yang dibangunkan oleh usahawan-usahawan kecil kampung dan desa dapat dipasarkan dan dipromosikan dengan lebih meluas.

     

  2. Apakah jenis bantuan yang disediakan kepada pengusaha sedemikian.

    Kerajaan negeri telah memperuntukkan RM1 juta di bawah program Dana Industri Kecil setahun untuk membantu usahawan industri kecil dalam usaha meningkatkan kualiti dan pengeluaran produk.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.