Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
50) KEM DIMILIKI OLEH YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan hasil pendapatan Kem Bina Semangat dan The Woods Resort pada tahun 2013, 2014, 2015 dan 2016
Pendapatan Kem Bina Semangat Ampang Pecah tahun 2013-2016.
BIL TAHUN PENDAPATAN 1 2013 RM 1,819,783.20 2 2014 RM 1,988,859.50 3 2015 RM 1,511,784.65 4 2016 RM 1,434,421.41 Pendapatan The Woods Resort tahun 2013-2016.
BIL TAHUN PENDAPATAN 1 2013 Tidak beroperasi 2 2014 Tidak beroperasi 3 2015 RM 39,707.50 4 2016 RM 39,403.00 Pendapatan Kem Bina Semangat dan The Woods Resort tahun 2013-2016.
BIL TAHUN PENDAPATAN 1 2013 RM 1,819,783.20 2 2014 RM 1,988,859.50 3 2015 RM 1,551,492.15 4 2016 RM 1,473,824.41 -
Nyatakan projek-projek naik taraf yang telah dijalankan oleh Kem Bina Semangat dan The Woods Resort pada tahun 2015 dan 2016.
Projek-projek naik taraf yang telah dijalankan oleh Kem Bina Semangat dan The Woods Resort pada tahun 2015 dan 2016 adalah seperti berikut:-
- Kem Bina Semangat Ampang Pecah tahun 2015:Pembaikan elemen tali tinggi (Flying Fox, Abseiling, Repelling, High Rope) dan elemen berhalangan (Obstacle Course – 14 elemen) berjumlah RM209,525.00
- Kem Bina Semangat Ampang Pecah tahun 2016:
Tiada projek naik taraf sepanjang tahun 2016 di Kem Bina Semangat Ampang Pecah.
- The Woods Tahun 2015:
Pembinaan surau dan membaik pulih dorm yang rosak berjumlah RM233,016.40
- The Woods Tahun 2016:
Pembinaan 4 buah Chalet dan membaik pulih dewan seminar berjumlah RM64,293.41.
Jumlah keseluruhan bagi kerja menaik taraf Kem Bina Semangat dan The Woods bagi tahun 2015-2016 berjumlah RM506,834.81 sahaja.