Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

2) KELULUSAN TANAH SECARA BERKELOMPOK

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah pencapaian terkini penyelesaian tanah secara berkelompok yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sejak 3 tahun yang lepas ?

    1. Pencapaian terkini penyelesaian tanah secara berkelompok yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sejak 3 tahun yang lepas adalah seperti dalam jadual berikut :-

     

    PERMOHONAN PEMBERIMILIKAN TANAH KERAJAAN DI BAWAH SEKSYEN 76 KANUN TANAH NEGARA SEHINGGA 2010

     

     

     

    DAERAH

     

    BIL    PERMOHONA N DITERIMA

     

    TINDAKAN MMKN/MTE S

    KEPUTUSAN
    LULUS TOLAK TANGGUH
    MMK N MTES
    KLANG 20 8 8 2 2
    SABAK BERNAM 58 24 12 8 14
    GOMBAK 66 8 23 27 8
    HULU SELANGOR 56 32 10 8 6
    PETALING 29 8 11 7 3
    HULU LANGAT 64 21 26 8 9
    KUALA SELANGOR 39 13 17 2 7

     

     

     

    KUALA LANGAT 23 8 6 4 5
    SEPANG 33 23 6 4
    JUMLAH 388 145 119 66 58

     

    • Statistik adalah berdasarkan bilangan fail yang diterima,manakala statistik mengikut bilangan pemohon/kaum/dsb masih menunggu maklum balas daripada PTD
  2. Sila kemukakan butiran terperinci masalah tanah yang telah diselesaikan oleh Kerajaan Negeri melalui kaedah kelulusan secara berkelompok mengikut pecahan kaum dan daerah ?

    1. Sehingga kini belum ada butiran terperinci masalah tanah yang telah diselesaikan oleh Kerajaan Negeri melalui kaedah kelulusan secara berkelompok mengikut pecahan kaum dan daerah.
  3. Sila nyatakan apakah langkah-langkah proaktif yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi mencegah individu-individu yang cuba menangguk di dalam air yang keruh walaupun mereka tidak mengusahakan tanah ?

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 20 Mei 2009 dan 17 Jun 2009 telah memutuskan supaya setiap permohonan pemberimilikan tanah diangkat semula dan diproses mengikut kawasan atau kampung secara berkelompok bagi memastikan masalah tanah ini selesai secara muktamad. Perubahan pendekatan ini menimbulkan sedikit kelewatan memandangkan Pejabat-Pejabat Tanah Daerah perlu membuat siasatan semula terhadap tanah-tanah yang dipohon untuk mencapai hasrat Kerajaan Negeri dan selaras dengan dasar Negeri Berkebajikan. Kerajaan Negeri yakin  pendekatan diambil boleh selesaikan masalah pemberimilikan tanah secara  komprehensif dan sistematik.

Lampiran

Tiada Lampiran.