Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

80) KELULUSAN TANAH DAN HASIL HUTAN

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan secara terperinci jumlah keluasan tanah yang diluluskan dan jumlah hasil yang dikutip oleh kerajaan Negeri dari sumber hutan dalam negeri Selangor mengikut kategori tanah dan tahun demi tahun dari 2009 hingga 2011.

    Jumlah keluasan kawasan tanah di negeri Selangor yang diluluskan bagi tahun 2009 – 2011 adalah seluas 845.11 ha. Sementara jumlah kutipan hasil hutan yang dikutip dari sumber hutan adalah berjumlah RM 52,921,773

    Maklumat Tambahan :

    Butiran kawasan yang diluluskan dan jumlah kutipan Hasil Sumber Hutan.

    Bil. Perkara Luas Kawasan (ha) Kutipan Hasil/Tahun (RM)
    2009 2010 2011 2009 2010 2011
    *1. Lesen Kecil (Kuari) 11,761,929.05 13,751,271.19 26,803,183.81
    **2. Lesen(seksyen 21(3) Balak-HSK) 22.67 206,627.12 27,238.12
    3. Lesen (seksyen 21(3) Balak-TK)
    4. Lesen Pemindah (Balak -TM) 182.586 360.63 174.15 28,062.57 89,627.58 70,530.74
    ***5. Lesen Pemindah (Bakau -TK)   120,093.92 63,209.85
      Jumlah 205.25 360.63 174.15 12,116,712.66 13,931,346.74 26,873,714.55

    Nota :

    *     Lesen Kecil (Kuari) – Telah diluluskan dalam tahun 1988-2004.

    **         Lesen [seksyen 21(3) Balak-HSK] – Telah diluluskan dan dilesenkan pada tahun 2009-2010.

    *** Lesen Pemindah (Bakau -TK) – Keluasan kawasan bagi Lesen Bakau (Tanah Kerajaan ) telah diluluskan dalam tahun 1988 – 2001

    Jumlah kutipan ditunjukkan dalam jadual adalah menunjukkan kutipan bayaran bagi hasil hutan sahaja iaitu bayaran royalti dan ses.

    Manakala bagi Lesen Kecil (Kuari) kutipan hasil hutan adalah termasuk bayaran premium.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.