Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

86) KELULUSAN PERMOHONAN SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA DI SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah penambahbaikan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan jumlah kelulusan permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia SPHM di Selangor pada tahun ini?

    Antara langkah penambahbaikan yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) adalah:

    1. Melaksanakan Inisiatif Segera Pensijilan Halal Malaysia (ISPHM 2.0):

    ISPHM 2.0 dilaksanakan mulai bulan November 2023. Permohonan sijil halal yang memenuhi kriteria yang ditetapkan melalui ISPHM 2.0, telah berjaya mempercepatkan proses kelulusan sijil halal dalam tempoh kurang daripada 30 hari berbanding tempoh 60 hari sebelum ini.

    2. Memperbanyakkan Sesi Taklimat Dan Bimbingan:

    Melalui pelaksanaan program latihan berkala yang diadakan secara kolaborasi dengan pelbagai pihak termasuk agensi pembimbing usahawan dapat membantu pemohon memahami dan mematuhi syarat-syarat pensijilan halal, serta dapat membantu kelancaran proses permohonan tanpa perlu ditolak atau perlu diperbaiki berulang kali.

  2. Berapakah jumlah permohonan yang telah mendapat kelulusan setakat ini?

    Permohonan yang telah diluluskan pada tahun 2024 sehingga 30 Oktober 2024 adalah sebanyak 2456 permohonan. Sehingga 30 Oktober 2024, sebanyak 7300 sijil pengesahan halal aktif di Negeri Selangor melibatkan 2705 syarikat perniagaan berdaftar.

Lampiran

Tiada Lampiran.