Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

140) KELULUSAN PEMBANGUNAN RUMAH IBADAH SELAIN ISLAM OLEH PBT DAN KERAJAAN SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah syarat-syarat tersebut?

    Kelulusan Rumah Ibadat Selain Islam dipertimbangkan berdasarkan tatacara yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri melalui Pusat Setempat (OSC) Pihak Berkuasa Tempatan dan akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam Negeri Selangor untuk perakuan sekiranya terdapat percanggahan.

     

  2. Adakah ada penambahbaikan syarat yang sama ini dilaksanakan oleh PBT selain Selangor?

    Syarat-syarat yang ditetapkan adalah berdasarkan keputusan Pihak Berkuasa Negeri yang diluluskan dari semasa ke semasa.

  3. Sejak tahun 2008, Berapakah permohonan baru, pemutihan binaan sedia ada dan binaan tanpa kelulusan di kawasan MPK? Senaraikan.

    Jumlah permohonan Kebenaran Merancang yang diterima oleh pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) selepas tindakan pemutihan sejak tahun 2008 sehingga tahun 2017 adalah seperti berikut :-

    Kawasan Permohonan Kebenaran Merancang 
    Mukim Kapar 16 permohonan
    Mukim Klang 19 permohonan
    Jumlah 35 permohonan

    Manakala jumlah binaan tanpa kelulusan atau tidak membuat permohonan Kebenaran Merancang di kawasan MPK adalah sebanyak 442 buah rumah ibadat.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.