Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

109) KELULUSAN LESEN MENDUDUKI SEMENTARA (LMS)

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyak permohonan Lesen Menduduki Sementara yang telah diterima oleh Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) sejak bulan Oktober 2011 sehingga sekarang?

    Dari Oktober 2011 sehingga kini Pejabat Daerah /Tanah Klang hanya menerima 6 Permohonan Lesen Sementara dan telah dikemukakan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) (Termasuk permohonan secara berkelompok melibatkan 67 Lot).

  2. Berapa banyak permohonan LMS yang telah diluluskan oleh MTES selepas keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 32/2011 bertarikh 5 Oktober 2011?

    5 permohonan Lesen Sementara telah diluluskan oleh MTES selepas keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negara (MMKN) ke 32/2011 bertarikh 5 Oktober 2011

Lampiran

Tiada Lampiran.