Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

32) KELULUSAN LESEN MENDIRIKAN RUMAH IBADAT ORANG ISLAM DAN BUKAN ISLAM

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mengikut prosedur kelulusan kebenaran membina rumah ibadat untuk orang Islam dan bukan Islam?

    Kerajaan Negeri sentiasa komited menyediakan tapak kemudahan ibadat dengan memastikan setiap pembangunan baru perlu menyediakan kemudahan-kemudahan mengikut Garis Panduan Perancangan Negeri Selangor (Edisi Ke 2). Bagi pembangunan baru tapak rumah ibadat, kerajaan negeri akan memastikan semua pembangunan adalah berdaftar dengan mengemukakan permohonan merancang selaras dengan keperluan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

    Garis Panduan Berhubung Hal Ehwal Selain Islam dan Peranan Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam Negeri Selangor (Pindaan 2018) juga telah menggariskan beberapa prosedur bagi permohonan Rumah Ibadat Selain Islam seperti berikut :

    • Setiap permohonan pembinaan bangunan keagamaan hendaklah dipohon atas nama persatuan melalui Pejabat Tanah dan Daerah serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
    • Keluasan tanah untuk kegunaan bangunan keagamaan selain Islam sedia ada di tapak adalah mengikut keluasan asal bangunan tersebut. Keluasan bangunan keagamaan selain Islam di tapak baru sama ada disediakan oleh kerajaan atau pemaju dan bagi tujuan pemindahan adalah ditetapkan tidak melebihi 10,000 kaki persegi. Walau bagaimanapun, jawatankuasa boleh mempertimbangkan keluasan melebihi 10,000 kaki persegi mengikut kes-kes tertentu.
    • Tapak bangunan keagamaan selain Islam tidak boleh ditempatkan di sekeliling loji kumbahan atau pencawang TNB.
    • Pembinaan bangunan keagamaan selain Islam adalah tidak dibenarkan di bina di kawasan lapang.
    • Penentuan jenis bangunan keagamaan selain Islam adalah ditetapkan mengikut komposisi kaum.
    • Ketinggian yang dibenarkan adalah tertakluk kepada garis panduan dan undang-undang yang diguna pakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
    • Pembinaan bangunan keagamaan selain Islam tidak akan menimbulkan kacau ganggu kepada orang awam atau lalu lintas.
    • Bangunan keagamaan yang dipindahkan dicadangkan untuk ditempatkan secara tetap.
  2. Berapakah jumlah kelulusan yang telah dikeluarkan mengikut agama sejak jun 2018 hingga jun 2019?

    Sebanyak  21 buah masjid dan surau telah diluluskan mengikut pecahan berikut:

    Masjid    : 3 buah

    Surau    : 18 buah

     

    BIL BULAN PERKARA PTLG SPG KLNG K. SEL SABAK BRNM GOMBAK H. LANGAT K.

    LGT

    JUMLAH
    1 JUN Masjid 1 1 2
    Surau 1 1 1 1 3 7
    2 JULAI Masjid
    Surau
    3 OGOS Masjid
    Surau 1 1 2
    4 SEPT Masjid
    Surau
    5 OKT Masjid 1 1
    Surau 1 1 1 1 2 6
    6 NOV Masjid
    Surau 1 1 1 3
    7 DIS Masjid
    Surau
    21

     

    Semenjak Jun – Disember 2018, sebanyak 20 tapak rumah ibadat selain Islam telah disokong di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam iaitu 12 tapak tokong dan tapak 8 kuil. Pada Januari – Jun 2019, sebanyak 13 tapak rumah ibadat selain Islam telah disokong di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam iaitu 8 tapak tokong, 2 tapak kuil dan 3 tapak Gereja. Butiran pecahan tapak rumah ibadat yang telah disokong sejak Jun 2018 sehingga Jun 2019 adalah seperti di Jadual 1.

     

    PERMOHONAN TANAH / PEWARTAAN TAPAK RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM
    DI NEGERI SELANGOR YANG TELAH DISOKONG DI DALAM JHESI DARI JANUARI – JUN 2019
    TAHUN : 2019 (SEHINGGA JUN)
    BIL. BIL. MESY. NAMA PEMOHON LOKASI DAERAH KELUASAN JENIS RUMAH IBADAT
    Pejabat Tanah Dan Daerah Petaling
    1 Bil. 2/2019 Persatuan Penganut Sri Maha Kottai Mathurai Veeran Sebahagian Lot 526, Jalan TUDM, Pekan Subang Daerah Petaling Petaling 2419 Meter Persegi Kuil
    2 Bil. 2/2019 Synod Diocese Malaysia Barat Jalan U16/149A Elmina, Mukim Sungai Buloh Petaling 215 Meter Persegi Gereja
    3 Bil. 2/2019 Persatuan Penganut Dewa Sam Khow Kim Ying, Kuala Lumpur dan Selangor Jalan PJU 1A/44, Mukim Damansara dan Bandar Petaling Jaya Petaling 1501 Meter Persegi Tokong
    4 Bil. 3/2019 Gereja Christian Malaysia (Central Christian Church of Malaysia) Jalan Tasik Chenderoh U4/28, Seksyen U4, Mukim Sungai Buloh Petaling 8097 Meter Persegi Gereja
    5 Bil. 3/2019 Persatuan Penganut Buddha Ariya Vihara Kuala Lumpur dan Selangor Petaling Tokong
    6 Bil. 3/2019 Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur Petaling Gereja
    7 Bil. 3/2019 Persatuan Penganut Buddha Dharma Drum, Selangor dan Wilayah Persekutuan Petaling Tokong
    Pejabat Tanah Dan Daerah Sepang
    8 Bil. 2/2019 Persatuan Penganut Dewa Shing Woo Tian Sepang Lot 2401, Kampung Baru Sepang Jaya, Bandar Sepang Sepang 0.327 Ekar (1323.323 Meter Persegi) Tokong
    Pejabat Tanah Dan Daerah Klang
    9 Bil. 3/2019 Persatuan Penganut Dewa Gua Restu Lot 38881, Taman Bunga Raya, Mukim Klang Klang 362 Meter Persegi Tokong
    Pejabat Tanah Dan Daerah Hulu Langat
    10 Bil. 3/2019 Persatuan Penganut Tokong Datuk Merah Plot 1, Seksyen 5, Taman West Country, Bandar Kajang, Daerah Hulu Langat Hulu Langat 2344.70 Meter Persegi (0.579 Ekar) Tokong
    Pejabat Tanah Dan Daerah Hulu Selangor
    11 Bil. 2/2019 Persatuan Ajaran Ajaran Arulmigu Sri Guru Dhkshinamoorthy Swamigal, Ulu Yam Bharu, Selangor Mukim Hulu Yam, Daerah Hulu Selangor Hulu Selangor 1030 Meter Persegi Kuil
    12 Bil. 2/2019 Jawatankuasa Pengurusan Rumah Berhala Xian Fa Shi Gong PT 3493 di Kawasan Bagan Parit Baru, Mukim Sabak, Daerah Sabak Bernam Hulu Selangor Seluas 580 Meter Persegi Tokong
    Pejabat Tanah Dan Daerah Sabak Bernam
    13 Bil. 1/2019 Jawatankuasa Pengurusan Rumah Berhala Xian FA Shi Gong PT 3493 Bagan Parit Barum Mukim Sabak Sabak Bernam 580 Meter Persegi Tokong
  3. Berapakah jumlah yang telah diluluskan mengikut Daerah Negeri Selangor?

    Sama seperti di SUB(b)

Lampiran

Tiada Lampiran.