Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

15) KELULUSAN HAKMILIK TANAH

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan tanah-tanah kerajaan yang telah diberi hakmilik kepada parti-parti politik sejak tahun 1980 sehingga 2008 dengan maklumat tentang saiz, kategori kegunaan tanah, jenis hakmilik, tempoh pajakan, nama pemiliknya serta premium yang dibayar untuk setiap hakmilik.

    Untuk makluman Yang Berhormat, rekod khusus yang didapati melalui aplikasi Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) dari Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan Pejabat Tanah Daerah hanya terdapat 4 parti politik yang telah didaftarkan hakmilik mengikut setiap daerah dalam Negeri Selangor dari tahun 1980 sehingga 2008. Tanah-tanah pemilik ini bukan sahaja diperolehi melalui pemberimilikan tetapi berkemungkinan juga secara pindahmilik tanah.

    Untuk parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) terdapat 23 hakmilik didaftarkan. 7 hakmilik di daerah Petaling, 3 hakmilik di daerah Klang, 5 hakmilik di daerah Sabak Bernam, 3 hakmilik di daerah Kuala Selangor, 3 hakmilik di daerah Gombak dan 2 hakmilik di daerah Hulu Selangor.

    Untuk parti politik Malaysian Indian Congress (MIC) terdapat 3 hakmilik tanah yang telah didaftarkan. Hakmilik tanah ini adalah di setiap daerah Petaling, Sepang dan Ulu Langat yang hanya mempunyai satu hakmilik sahaja.

    Untuk parti politik Islam Semalaysia (PAS) hanya terdapat 1 hakmilik tanah sahaja yang telah didaftarkan iaitu di daerah Hulu Langat.

    Manakala untuk parti politik Gerakan Rakyat Malaysia (PUSAT) hanya terdapat 1 hakmilik sahaja iaitu di daerah Kuala Selangor.

    Segala butiran maklumat tentang nombor hakmilik, nama pemilik, jenis hakmilik, keluasan, kategori kegunaan tanah, tahun, tempoh pajakan, tarikh luput dan status hakmilik adalah seperti dilampirkan di Lampiran A.

    Untuk makluman Yang Berhormat, kadar bayaran premium tanah yang dibayar untuk setiap hakmilik tidak dapat dikenalpasti dan tiada simpanan fail di Pejabat Tanah. Ini kerana fail pelupusan secara pemberimilikan tanah di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara, telah lupus bagi fail tempoh 10 tahun yang lama. Hal ini adalah kerana faktor kekangan ruang penyimpanan fail di Pejabat Tanah. Hanya fail untuk 5 tahun ke atas yang baru sahaja disimpan.  Data seperti di Lampiran A yang terdapat dalam aplikasi Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) adalah tiada maklumat mengenai kadar premium setiap hakmilik.

Lampiran

Tiada Lampiran.