Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

112) KELUASAN TANAH UNTUK KAWASAN PERUMAHAN

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah keluasan tanah yang telah dibangunkan untuk pembangunan perumahan di Selangor?

    Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035, keluasan tanah untuk pembangunan perumahan di Negeri Selangor adalah 36,009 hektar daripada keluasan Negeri Selangor.

  2. Berapakah keluasan tanah yang telah dibangunkan oleh syarikat-syarikat pemaju seperti Eco World, SP Setia, PKNS dan lain-lain?

    Tiada maklumat khusus keluasan tanah yang telah dibangunkan oleh syarikat-syarikat pemaju seperti Eco World, SP Setia, PKNS dan lain-lain. Walau bagaimanapun, sehingga 30 Oktober 2020, jumlah aset tanah yang dimiliki oleh PKNS adalah seluas 4,821.25 ekar. Jumlah keluasan tersebut adalah jumlah bank tanah PKNS untuk pembangunan jangka pendek dan jangka panjang pada masa akan datang.

    PKNS sebagai agensi pembangunan Kerajaan Negeri, aset-aset tanah tersebut akan dibangunkan sebagai bangunan kediaman, komersial dan industri.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) hanya mempunyai rekod berkenaan keluasan tanah pembangunan Rumah Selangorku yang telah dibangunkan sahaja oleh pemaju- pemaju tersebut.

    Jumlah keluasan keseluruhan pembangunan Rumah Selangorku yang telah siap dibina oleh pemaju Eco World, SP Setia dan PKNS adalah 253.53 ekar.

    Pecahan perincian adalah seperti jadual di bawah.

Lampiran

Tiada Lampiran.