Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

109) Keluasan Hutan Simpanan Selangor

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah keluasan hutan simpanan yg masih ada di Selangor?

    Keluasan HSK di negeri Selangor ialah 250,207.39 hektar atau bersamaan 31.6 peratus daripada keluasan tanah negeri.

  2. Apakah status hutan di Kuala Langat dan adakah hutan ini dibenarkan untuk diterokai?

    Hutan di Kuala Langat masih berstatus Hutan Simpanan Kekal (HSK). Buat masa ini Hutan Simpan Kuala Langat Utara masih dalam status tindakan penyiasatan awam bagi cadangan memansuhkan seluas ±991.90 ha @ ±2,450 ekar kawasan hutan simpan tersebut. Manakala, merujuk kepada Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985, sebarang aktiviti penerokaan di dalam kawasan HSK ini adalah tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa aktiviti penerokaan bagi tujuan pertanian telah dikenalpasti berlaku di dalam kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Selatan sejak lebih 30 tahun yang lalu. Dalam hubungan ini, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor sedang dalam tindakan untuk menyediakan Kertas Kerja bagi Program Pemutihan di hutan simpan ini seterusnya mendapatkan pertimbangan lanjut Pihak Berkuasa Negeri melalui MMKN.

Lampiran

Tiada Lampiran.