Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
235) KELUASAN HUTAN SIMPAN KEKAL DAN TANAH RIZAB MELAYU DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Keluasan terkini hutan simpan kekal dan tanah rizab Melayu di Selangor serta pelan tindakan terperinci, jika ada, untuk meningkatkan keluasan ini termasuk sasaran bagi semua jangka masa dan strategi pelaksanaan.
PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR
a) Keluasan terkini Hutan Simpan Kekal di Negeri Selangor adalah lebih kurang 250,129 hektar atau bersamaan dengan 54% daripada keluasan Negeri Selangor. Jabatan Perhutanan Negeri Selangor sedang mengenal pasti kawasan berhutan di atas tanah kerajaan yang sesuai untuk dijadikan Hutan Simpanan Kekal selaras dengan titah tuanku untuk memperluaskan Hutan Simpanan Kekal di Negeri Selangor. Selain itu, ia juga penting bagi mengekalkan sasaran Kerajaan Negeri Selangor untuk mengekalkan keluasan Hutan Simpanan Kekal sekurang-kurangnya seluas ±30% daripada keluasan Negeri Selangor.
Manakala jumlah keluasan terkini Tanah Rizab Melayu (TRM) di Negeri Selangor selepas dibuat penggantian adalah seluas 407,867.34 ekar. Kerajaan Negeri pada masa ini hanya akan mengekalkan jumlah keluasan tersebut dengan memastikan setiap pembatalan ke atas tanah-tanah rizab Melayu di Negeri Selangor dibuat penggantian serentak selaras dengan Pekeliling PTGS Bilangan 7/2001 mengenai Dasar dan Garis Panduan Pembatalan Dan Penggantian Tanah Rizab Melayu Selangor, dan Pekeliling PTGS Bilangan 3/2015 mengenai Garis Panduan Urusan Pembatalan Dan Penggantian Tanah Rizab Melayu (TRM) Semasa Pengambilan Tanah Bagi Tujuan Awam Atau Kemudahan Awam Bagi Kegunaan Kerajaan Negeri Dan Kerajaan Persekutuan Di Negeri Selangor.
JABATAN PERHUTANAN NEGERI SELANGOR
a) Sehingga Disember 2015, jumlah HSK di Negeri Selangor adalah seluas lebih kurang 250,129 hektar. Pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor adalah komited untuk meningkatkan jumlah keluasan kawasan HSK di mana proses pewartaan setiap kawasan HSK yang
di warta keluar akan dibuat pewartaan masuk HSK (penggantian) secara serentak. Pada masa kini, kebanyakan jumlah keluasan kawasan penggantian yang akan dijadikan HSK juga adalah lebih luas berbanding kawasan yang di warta keluar. Maklumat kawasan penggantian yang telah dipersetujui dan sedang dalam proses pewartaan menjadi Hutan Simpanan Kekal adalah seperti di Jadual I.
Selain itu, Pihak Kerajaan Negeri Selangor juga telah mengenalpasti beberapa kawasan berhutan milik Tanah Kerajaan Negeri untuk dijadikan sebagai HSK di Negeri Selangor. Ini juga adalah selaras dengan titah tuanku untuk meningkatkan keluasan kawasan berhutan di Negeri Selangor. Selain daripada itu, pengekalan jumlah kawasan HSK di Negeri Selangor ini perlu dikekalkan bagi menjamin komitmen Kerajaan Negeri Selangor yang berkehendakkan keluasan kawasan HSK di Negeri Selangor tidak kurang 30% daripada keluasan tanah Negeri Selangor dan akan senantiasa menambahkan keluasan HSK dari semasa ke semasa.
JADUAL I: Maklumat keluasan kawasan keluar/masuk HSK yang telah dipersetujui dan akan dibuat proses pewartaan menjadi Hutan Simpanan Kekal.
Bil. Nama Projek Keluasan HSK yang di warta keluar (Ha)
Keluasan HSK yang di warta masuk (penggantian) (Ha)
Perbandingan Perbezaan keluasan (Ha)
1. Tanah Perkuburan 23.0 60.0 37.0 2. Lebuhraya LATAR 3.2 7.6 4.4 3. Lebuhraya DASH 2.5 2.5 0.0 4. Lebuhraya EKVE 106.6 126.0 19.4 5. Lebuhraya SUKE 34.0 60.0 26.0 JUMLAH 169.3 256.1 86.8 Sekiranya berlaku pencerobohan pihak berkenaan akan dikenakan tindakan selaras dengan peruntukan yang terkandung di bawah Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985 di bawah Seksyen 32, Seksyen 47(1) dan Seksyen 81(1)(g) bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan