Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
243) KELIP-KELIP DI KUALA SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan kerajaan negeri untuk memastikan kelip-kelip kekal sebagai produk eko-pelancongan yang popular di Selangor?
Majlis Daerah Kuala Selangor adalah sebuah agensi yang menyelenggara kebersihan dan kemudahan di Pusat Pelancongan Kelip-kelip Kampung Kuantan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad ( TNB ) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Rancangan Jangka Panjang:
- Pusat Pelancongan Kelip-kelip Kampung Kuantan diwartakan dalam Cadangan Zon Santuari Kelip-kelip Rancangan Tempatan MDKS 2015 dengan Zon Pembangunan Terhad selebar 400 meter dari kedua-dua belah tebing sungai. ( 5km radius )
- Kerajaan Negeri Selangor juga telah mengarahkan MDKS untuk pengambilan balik tanah dengan tujuan tiada pembangunan di sekitar kawasan ini supaya tidak mengganggu habitat spesis berkenaan.
Zon Pembangunan Terhad:
- Sebarang permohonan pembangunan di kawasan Zon Penampan adalah tertakluk kepada Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.
- Koridor Sungai adalah kawasan di luar rizab sungai dan dalam lingkungan 50 meter berdasarkan Garis Panduan Pembangunan Berhadapan Sungai.
-
Apakah ada peruntukan khas untuk mempromosi dan memelihara habitat kelip- kelip di Kuala Selangor agar terus kekal?
Kerajaan Negeri mengambil maklum di atas kepentingan kelangsungan habitat Kelip-kelip di Kuala Selangor dan sentiasa berusaha untuk memastikan habitat ini terus kekal dan makmur di habitatnya. Oleh yang demikian, beberapa langkah telah diambil oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Daerah Kuala Selangor bagi menjaga produk eko-pelancongan ini seperti berikut:i. Rancangan Jangka Panjang
Melaksanakan pengambilan balik tanah dan pewartaan Pusat
Pelancongan Kelip-Kelip Kg. Kuantan dalam Cadangan Zon Santuari
Kelip-Kelip Rancangan Tempatan MDKS 2015 dengan Zon
Pembangunan Terhad selebar 400 meter dari kedua-dua belah tebing sungai (5km radius) bagi mengelakkan pencerobohan tanah yang boleh menyebabkan kerosakan kepada ekosistem kawasan tersebut.
ii. Kerjasama Korporat (Corporate Social Responsibility)
- Kerajaan Negeri telah menandatangani Memoandum Persefahaman (MOU) dengan AEON CO. (M) Sdn.Bhd pada 29 April 2011 bagi satu kerjasama menjayakan Program Pemuliharaan-Pemuliharaan Habitat Kelip-Kelip yang dijalankan di tebing Sungai Selangor, Mukim Pasangan, Daerah Kuala Selangor.
- Satu Tabung Amanah telah diwujudkan atas persetujuan kedua-dua pihak yang dinamakan Tabung Amanah Pemuliharaan Kelip-Kelip Selangor.
- AEON CO. (M) Sdn. Bhd. telah memberikan tajaan kepada Kerajaan Negeri Selangor dengan jumlah sebanyak RM390,000.00 bagi menjalankan aktiviti-aktiviti pemuliharaan di atas tanah seluas tiga
(3) hektar dimana RM130,150.00 diperuntukkan untuk setiap satu
(1) hektar tanah bagi setiap tahun.
- Kerajaan Negeri Selangor juga telah memberikan sumbangan di dalam tabung ini sebanyak RM100,000.00 untuk dimanfaatkan bagi tujuan menaiktaraf produk pelancongan.
- Usaha kerjasama baik antara Kerajaan Negeri Selangor dan AEON CO. (M) Sdn. Bhd. ini telah pun tamat apabila AEON menyalurkan tajaan terakhir pada 27 Januari 2014 yang lalu.
- Melalui kerjasama Tabung Amanah ini, sebanyak RM476,556.00 telah diperuntukan bagi Program Pemuliharaan Kelip-Kelip kepada Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sejak tahun 2011.
- Terdapat baki sebanyak RM 13,894.00 masih belum dibelanjakan dan Kerajaan Negeri Selangor akan memastikan ia akan dibelanjakan seperti yang telah dipersetujui bagi tujuan Program Pemuliharaan Kelip-Kelip ini.
Bagi memastikan Pusat Pelancongan Kelip-kelip Kampung Kuantan terus menjadi pilihan pelancong, kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan tahunan bagi tujuan pembersihan Pusat Pelancongan Kelip-Kelip Kampung Kuantan sebanyak RM 120,000 (RM 10,000 sebulan). Pembersihan tersebut meliputi perkara berikut:-
- Pemotongan rumput
- Pembersihan tandas, longkang, bilik tayangan dan kaunter iii. Penyelenggaraan landskap
Antara strategi untuk mengekalkan kehadiran pelancong ke kawasan ini pula adalah seperti berikut:-
i. Program Promosi
Program promosi yang dijalankan secara berterusan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor merupakan salah satu strategi untuk mengekalkan kehadiran pelancong ke Negeri Selangor. Program promosi ini dijalankan di dalam dan luar negara dengan tujuan memperkenalkan dan mempromosikan produk-produk pelancongan Negeri Selangor termasuk produk eko-pelancongan iaitu Taman Alam dan Kelip-kelip Kampung Kuantan.
Program promosi luar negara yang dijalankan pada tahun 2013 adalah seperti berikut:-
- Asean Tourism Forum, Laos
- Arabian Travel Mart Dubai
- North China Tourism Fair (NCTF) 2013, Beijing
- Indonesia Travel Expo
- India (South Asia Travel & Tourism Exhibition – SATTE 2013) Ø Malaysia Truly Asia Travel Fair, Singapore
Bagi tahun 2014, Tourism Selangor akan menjalankan program promosi ke luar negara seperti yang berikut:-
- Asean Tourism Forum, Sarawak
- Sales Mission to India
- Arabian Travel Mart Dubai
- Selangor Meets Indonesia
- ITB Asia Singapura
- Sales Mission to China
ii. Pakej-Pakej Pelancongan
Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor juga telah melancarkan pakejpakej yang menarik khusus untuk Tahun Melawat Malaysia 2014. Pakejpakej dibuat bagi menarik lebih ramai pelancong datang melawat Negeri Selangor. Pakej-pakej tersebut meliputi pakej pelancongan kesihatan, membeli-belah, pelancongan agro, pelancongan eko, taman tema dan sebagainya. Terdapat juga pakej khusus untuk pakej pelancongan Taman Alam dan Kelip-kelip Kampung Kuantan.
iii. Familiarization Trip ‘FAM Trip’
Tourism Selangor juga akan membawa lawatan-lawatan untuk para media mahupun lain-lain ‘fam tour’ serta agensi-agensi pelancongan dalam dan luar negara bagi mempromosikan produk-produk pelancongan secara terus kepada ‘key players’ dan agensi-agensi pelancongan. Secara tidak langsung sektor pelancongan dapat dipertingkatkan lagi.
Taman Alam dan Kelip-kelip Kampung Kuantan sering menjadi destinasi pilihan untuk program Fam Trip ini. Peserta-peserta Fam Trip akan diperkenalkan dengan produk operator dan diberi taklimat tentang aktiviti serta perkhidmatan yang ditawarkan.
Fam Trip yang telah dijalankan sepanjang tahun 2013 adalah seperti berikut:
- FAM Tour (Moto GP)
- Fam Tour Ryan International School Mumbai, India Ø Fam Trip (Pesta Floria)
iv. Website
Pada zaman yang serba moden dan canggih ini, ramai pengguna mendapatkan maklumat melalui internet. Oleh yang demikian, Tourism Selangor mengambil pendekatan untuk mempromosikan produk-produk pelancongan yang terdapat di Negeri Selangor termasuklah Taman Alam dan Kelip-kelip Kampung Kuantan melalui website. Tambahan pula, website merupakan medium yang amat berkesan untuk mendapatkan maklumat pelancongan. Secara tidak langsung, promosi melalui website ini dapat meningkatkan dan mengekalkan kedatangan pelancong ke Negeri Selangor.