Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

38) KELEWATAN SERAHAN PROJEK

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa projek kerajaan yang mengalami kelewatan dalam menyiapkan projek pada tahun 2022 dan 2023?

    Berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh Jabatan-jabatan yang melaksanakan projek pembangunan di bawah Rancangan Selangor Pertama (RS-1) terdapat 30 projek lewat yang dilaporkan. Pecahan projek mengikut jabatan adalah seperti berikut:-

     

    TAHUN

    JABATAN

    JUMLAH PROJEK LEWAT

    2022 Setiausaha Kerajaan Negeri

    1

    Jabatan Kerja Raya

    9

    Jabatan Pengairan Dan Saliran

    8

    Jabatan Agama Islam Selangor

    12

    JUMLAH

    30

    2023 Setiausaha Kerajaan Negeri

    1

    Jabatan Kerja Raya

    6

    Jabatan Pengairan Dan Saliran

    7

    Jabatan Agama Islam Selangor

    4

    JUMLAH

    18

  2. Apakah sebabnya yang menyebabkan kontraktor tidak dapat siapkan projek mengikut jadual?

    Di antara punca kelewatan projek ini adalah disebabkan jadual pengalihan utiliti-utiliti yang berada dalam kawasan projek serta kurang kemahiran di pihak kontraktor dalam memastikan kemajuan projek adalah berdasarkan tempoh kemajuan projek yang telah diluluskan dan dipersetujui.

  3. Bagaimana kerajaan menambahbaik proses perlantikan kontraktor yang berkualiti, supaya kerajaan tidak mengalami kerugian?

    Proses perolehan Kerajaan Negeri dilaksana berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan, Surat Pekeliling dan Surat Arahan Perbendaharaan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan Perbendaharaan Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor turut mengeluarkan Arahan Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bil. 7/2014 Dasar Penilaian Perolehan Secara Sistem Cut-Off bagi memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan memperoleh nilai yang terbaik dan menguntungkan Kerajaan (Value For Money).

Lampiran

Tiada Lampiran.