Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

147) KELEWATAN PEMBINAAN PASAR TAMAN SRI MUDA, SEKSYEN 25, SHAH ALAM

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah masalah utama yang di hadapi hingga menyebabkan berlaku kelewatan ?

    Pihak Majlis telah menyempurnakan serahan tapak pembinaan pasar ini kepada kontraktor pada 1 Oktober 2014. Status terkini di tapak pembinaan sehingga 21 Oktober 2016 adalah di peringkat penanaman cerucuk pada tahap 13% siap. Kerja penanaman cerucuk dijangka siap sepenuhnya dalam masa terdekat. Namun begitu kemajuan di tapak di lihat masih sangat

    Kelewatan berpunca dari keengganan pihak kontraktor memulakan kerja-kerja pembinaan kerana dilaporkan terdapat 24 gerai yang masih beroperasi di dalam kawasan tapak pembinaan. Menurut pihak kontraktor mereka akan hanya memulakan kerja pembinaan setelah semua gerai-gerai dirobohkan dan pegerai- pegerai dipindahkan ke tapak perpindahan sementara. Sehubungan dengan itu pada 5 Mei 2015, pihak Majlis telah mengarahkan kontraktor yang sama untuk membina gerai di atas tapak pemindahan sementara untuk menempatkan pegerai-pegerai berkenaan. Walau bagaimanapun, kontraktor telah gagal menyempurnakan pembinaan dan penyerahan gerai di tapak pemindahan sementara setelah tamat tempoh 7 minggu yang diberikan.

    Pegerai-pegerai tidak dapat dipindahkan kerana gerai yang didirikan masih belum mendapat bekalan air dan eletrik. Alasan pihak kontraktor adalah pihak TNB tidak dapat membekalkan penggunaan tenaga elektrik kerana kekerapan berlakunya litar pintas di tapak gerai terdahulu berpunca dari penyambungan

    yang dibuat oleh pegerai-pegerai secara haram. Majlis seterusnya telah berbincang dengan TNB dan masalah ini telah dapat diatasi dengan baik.

  2. Apakah terdapat halangan yang dihadapi oleh MBSA dalam membantu menyiapkan pembinaan pasar ini?

    Sepanjang tempoh pembinaan projek pasar ini, pihak Majlis telah banyak membantu untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh kontraktor untuk memastikan projek ini terus berjalan lancar. Antara langkah pemulihan „recovery program‟ yang diambil oleh Majlis adalah dengan meminda tarikh pemilikan tapak dari 1 Oktober 2014 kepada 5 Mei 2015. Walaupun Majlis telah beberapa kali memberi peluang kepada kontraktor namun kemajuan di tapak masih lagi sangat perlahan. Kontraktor tidak menunjukkan komitmen dan prestasi kerja seperti yang diharapkan oleh

     

  3. Apakah terdapat permohonan lanjutan tempoh masa daripada pihak kontraktor kepada MBSA? Huraikan

    Pihak MBSA telah menerima tiga (3) kali permohonan lanjut tempoh dari pihak kontraktor. Dari 3 permohonan tersebut, MBSA hanya meluluskan satu sahaja permohonan iaitu dengan meminda tarikh pemilikan tapak daripada 1 Oktober 2014 kepada 5 Mei 2015. Keputusan meminda tarikh pemilikan tapak ini dibuat setelah MBSA mengambil kira sewajarnya masalah yang dihadapi oleh kontraktor sebelum ini hanya dapat diselesaikan diperingkat pengurusan

    Permohonan lanjutan tempoh masa yang dikemukakan selepas itu telah ditolak oleh MBSA kerana pihak kontraktor mengemukakan alasan yang sama seperti di dalam permohonan pertama. Oleh yang demikian, pihak MBSA tidak dapat mempertimbangkan sebarang lanjutan tempoh untuk masa tambahan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.