Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

199) KELEWATAN JKR UNTUK MENENDERKAN PROJEK-PROJEK YANG TELAH DIBAJETKAN DALAM TAHUN 2016

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyak projek-projek yang dibajetkan pada tahun 2016 tidak ditenderkan mengikut jadual ?

    16 projek (4 projek jalan, 12 projek bangunan)

  2. Senaraikan projek-projek tersebut ?

    Senarai projek seperti di Lampiran

  3. Apakah masalah yang dihadapi oleh JKR untuk memastikan tender dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan ?

    Masalah yang dihadapi oleh JKR adalah seperti berikut

    • Projek jalan:
      • Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk menyelesaikan proses pengambilan tanah terlebih dahulu sebelum projek ditender bagi mengelakkan berlakunya kelewatan di tapak

     

    • Projek bangunan:
      • Rekabentuk tidak    dapat   disiapkan   mengikut   jadual   disebabkan   isu perubahan skop dan kesesuaian tapak
      • Kos projek melebihi kos yang diluluskan

     

    LAMPIRAN M5

     

    1. b) Senarai projek yang dibajetkan pada tahun 2016 tidak ditenderkan mengikut jadual:

     

    PROJEK JALAN
    BIL TAJUK PROJEK
    1 Menaiktaraf Jalan B48 Dari Simpang Tiga Jenderam Ke Pekan Sepang Lama (Fasa 3)
    2 Membina Jalan Sambungan Kota Warisan / B20 (Missing Link)
    3 Menggantikan Jambatan Lama Di Kg. Rantau Panjang, Bestari Jaya
    4 Menaiktaraf Jalan Melati, Kuang, Mukim Rawang

     

     

    PROJEK BANGUNAN
    BIL TAJUK PROJEK
    1 Masjid Seksyen 13, Shah Alam (Naiktaraf)
    2 Masjid Bandar Teknologi Kajang, Hulu Langat
    3 Masjid Kg. Melayu Rasa, Hulu Selangor
    4 SRA Denai Alam, Petaling
    5 SRA Bandar Country Homes, Gombak
    6 MTIS Istana Bandar, Kuala Langat
    7 MTIS Bagan Lalang, Sepang
    8 MITS Pandan Indah, Hulu Langat
    9 Menaiktaraf Perpustakaan Daerah Gombak
    10 Menaiktaraf Perpustakaan Daerah Sabak Bernam
    11 Menaiktaraf Perpustakaan Tanjung Karang Daerah Kuala Selangor
    12 Membina dan menyiapkan Dewan Pejabat Daerah / Tanah Kuala Selangor

     

Lampiran

Tiada Lampiran.