Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

135) KELESTARIAN TENAGA

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah strategi Kerajaan Negeri dalam mempromosikan penggunaan tenaga yang lestari dan mengurangkan jejak karbon?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam mempromosikan penggunaan tenaga yang lestari bagi mengurangkan jejak karbon demi masa depan yang lebih baik. Sejajar dengan matlamat dan komitmen tersebut, pelbagai usaha dan strategi sedang dilaksanakan bagi mempertingkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui seperti berikut:

    1. Menggalakkan pemasangan lampu solar dan menggantikannya kepada lampu konvensional di premis Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Agensi dalam Negeri Selangor seperti dewan, stadium, gerai, masjid, rumah ibadat, sekolah dan kawasan parkir;
    2. Membangunkan Projek Ladang Solar Berskala Besar sama ada di atas tanah dan di atas air;
    3. Menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) dengan penyediaan 1,000 EV Charging Bay menjelang tahun 2025; dan
    4. Mempergiatkan program-program kesedaran berkaitan tenaga lestari dengan penglibatan pihak kerajaan, swasta dan komuniti.
  2. Bagaimanakah Kerajaan Negeri merancang untuk meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam mempromosikan penggunaan tenaga yang lestari bagi mengurangkan jejak karbon demi masa depan yang lebih baik. Sejajar dengan matlamat dan komitmen tersebut, pelbagai usaha dan strategi sedang dilaksanakan bagi mempertingkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui seperti berikut:

    1. Menggalakkan pemasangan lampu solar dan menggantikannya kepada lampu konvensional di premis Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Agensi dalam Negeri Selangor seperti dewan, stadium, gerai, masjid, rumah ibadat, sekolah dan kawasan parkir;
    2. Membangunkan Projek Ladang Solar Berskala Besar sama ada di atas tanah dan di atas air;
    3. Menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) dengan penyediaan 1,000 EV Charging Bay menjelang tahun 2025; dan
    4. Mempergiatkan program-program kesedaran berkaitan tenaga lestari dengan penglibatan pihak kerajaan, swasta dan komuniti.
  3. Apakah insentif untuk perusahaan dan individu yang mengamalkan penggunaan tenaga lestari?

    Pada masa kini, Kerajaan Negeri tidak memberikan insentif khusus untuk perusahaan dan individu yang mengamalkan penggunaan tenaga lestari. Walau bagaimanapun, Pihak Berkuasa Tempatan ada memberikan beberapa insentif seperti berikut:

Lampiran

Tiada Lampiran.