Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
214) KELESTARIAN SUNGAI
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah yang telah diambil Kerajaan Negeri untuk memastikan kelestarian alam sekitar bagi menangani isu pencemaran di Sungai Buloh (Ijok) dan Sungai Selangor (Bestari Jaya)?
Kerajaan Negeri Selangor melalui LUAS melaksanakan tindakan-tindakan berikut bagi menangani isu pencemaran di Sungai Buloh (Ijok) dan Sungai Selangor (Bestari Jaya) yang merangkumi;
- Penyelarasan tindakan bersepadu melalui Pelan Tindakan Sungai Buloh (PTSB);
- Mengambil tindakan proaktif menjalankan Kajian Kebersihan Sungai Buloh secara tahunan;
- Melaksanakan Kajian Pemetaan Dan Inventori Aktiviti Guna Tanah Di Rizab Sungai bagi Sungai Buloh, Sungai Langat Dan Sungai Selangor;
- Melaksanakan blok pemantauan kualiti air ataupun dikenali sebagai River Monitoring Program (RMP) di sepanjang rizab sungai utama Negeri Selangor dan juga anak-anak sungai yang berisiko;
- Pembangunan Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) Sungai Buloh pada tahun 2021 dan Pelan IRBM Sg Selangor (2022-2030);
- Pengkompaunan atau pendakwaan secara terus bagi kesalahan-kesalahan berkaitan pencemaran sumber air tanpa lesen/kebenaran LUAS;
- Melaksanakan pemasangan stesen telemetri kualiti air di hulu muka sauk sebagai sistem amaran awal/ early warning system;
- Pelaksanaan Zero Discharge Policy (ZDP) melalui Peraturan-peraturan Pelesenan Pembuangan Air Kembalian, Dan Kemasukan atau Pelepasan Bahan Buangan Dan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2024 bagi pengawalan pelepasan daripada punca; dan
- Mempergiatkan usaha dan memperkasakan penglibatan agensi, komuniti, NGO dan pihak berkepentingan dalam aktiviti pemuliharaan sungai-sungai oleh komuniti di Negeri Selangor.