Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
97) KELAYAKAN KAKITANGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Mengikut sijil kelayakan yang ada dari setiap PBT, berapakah kakitangan di setiap PBT berupaya berkomunikasi dengan Bahasa Tamil, Bahasa Mandarin, atau Kantonis?
Berikut adalah bilangan kakitangan PBT yang boleh berkomunikasi di dalam bahasa
Tamil dan Mandarin:-
BAHASA
BIL PBT
TAMIL MANDARIN
1. MBPJ 163 27
2. MPK 255 18
3. MPSJ 89 1
4. MPAJ 58 2
5. MPS 86 –
6. MDKL 18 2
7. MDSB 26 –
8. MBSA 107 3
9. MPSp 28 –
10. MPKj 114 3
11. MDKS 30 1
12 MDHS 24 –
JUMLAH 998 57 -
Bagaimana PBT mengatasi masalah komunikasi jika pengadu tidak fasih dalam Bahasa Melayu
Bagi mengatasi masalah komunikasi semasa berurusan di kaunter Majlis, setiap Majlis
disarankan untuk menempatkan seorang atau lebih kakitangán yang boleh
berkomunikasi lebih dari satu bahasa. Walau bagaimanapun,setiap Majlis boleh
menghantar pegawai/ kakitangan yang berurusan di kaunter untuk menghadiri kursuskursus yang berkaitan bagi meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan pelanggan.