Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

205) KELAS TUISYEN PERCUMA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Syabas kepada Kerajaan Negeri Selangor yang telah dapat mengadakan kelas-kelas tuisyen percuma kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Berapakah jumlah peruntukan disediakan bagi kelas-kelas tuisyen tersebut

    Jumlah peruntukkan yang disediakan bagi kelas-kelas tuisyen adalah sebanyak RM 3.45 juta. Kos ini adalah meliputi kos penggunaan premis sebanyak RM 500.00 bagi setiap DUN.

  2. Setakat ini berapakah jumlah kelas dan pelajar yang mengikuti kelas tersebut

    Jumlah pelajar yang mengikuti kelas tersebut adalah sebanyak 3649 orang pelajar yang melibatkan sebanyak 109 pusat tuisyen

  3. Hingga soalan ini dibuat sudah 3 bulan kelas berjalan, mengapakah hingga kini elaun pengajar dan penyelaras belum lagi dibayar?

    Elaun pelajar dan penyelaras masih belum dibayar adalah disebabkan oleh proses penetapan prosedur pembayaran dan pelantikan perunding yang belum selesai. Namun begitu, pihak pengurusan di SUK sedang menguruskan tuntutan pembayaran untuk ketiga-tiga bulan tersebut pada dalam masa yang terdekat.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.