Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

64) KELAS TUISYEN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kelas tuisyen bagi beberapa mata pelajaran SPM telah ditawarkan kepada pelajarpelajar miskin di bawah peruntukan negeri Selangor. Berapakah jumlah pelajar yang mengikuti tuisyen sedemikian seluruh negeri Selangor?

    Jumlah pelajar yang mengikuti Program Tuisyen Rakyat di seluruh Negeri Selangor
    sehingga 4 Julai 2010 adalah seramai 4,408 orang

  2. Sejauh manakah prestasi graf pencapaian mereka?

    Prestasi pencapaian pelajar Tuisyen Rakyat adalah merujuk kepada keputusan
    percubaan SPM dan keputusan sebenar SPM. Pada tahun 2009, iaitu tahun pertama
    Program Tuisyen Rakyat diadakan, pentadbiran ini berusaha untuk mengumpul
    keputusan para pelajar bagi membuat analisa prestasi pelajar, namun hasilnya amat
    mengecewakan kerana hanya 219 orang pelajar sahaja yang memberi respons dengan
    baik.
    Keputusan sepenuhnya harus diperolehi dari Jabatan Pendidikan Negeri kerana tidak
    semua pelajar ingin memberikan keputusan peperiksaan mereka dan tidak semua boleh
    dihubungi.
    Setakat ini hanya dapat mengumpul 219 keputusan peperiksaan SPM 2009. Pihak
    Jawatankuasa Tetap Pendidikan akan menilai semula pelaksanaan Program Tuisyen
    Rakyat bagi penambahbaikan di masa akan datang.

    Berikut adalah analisa keputusan SPM 2009 pelajar-pelajar PTRS:
    SUBJEK SKOR BILANGAN PERATUS (%)
    BM
    (219 pelajar)
    A 101 46.119
    B 60 27.397
    C 34 15.525
    D 15 6.849
    E 6 2.739
    G 3 1.370
    BI
    (219 pelajar)
    A 16 7.306
    B 45 20.548
    C 59 26.941
    D 58 26.484
    E 33 15.068
    G 8 3.653
    MATEMATIK
    (219 pelajar)
    A 65 29.680
    B 37 16.895
    C 43 19.635
    D 34 15.525
    E 28 12.785
    G 12 5.479
    SEJARAH
    (210 pelajar)
    A 30 14.286
    B 45 21.429
    C 61 29.048
    D 35 16.667
    E 19 9.048
    G 20 9.524

  3. Adakah kelas-kelas tuisyen sedemikian diteruskan?

    Ya. Berdasarkan sambutan baik rakyat terhadap program ini, dan juga pencapaian
    pelajar-pelajar, pihak jawatankuasa akan meneruskan Program Tuisyen Rakyat
    Selangor (PTRS) ini ke tahun-tahun seterusnya bagi memenuhi keperluan rakyat
    berpendapatan rendah serta mencapai visi Selangor Negeri berkebajikan.

Lampiran

Tiada Lampiran.