Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

185) KELAJUAN INTERNET DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan kelajuan internet setiap bandaraya dan daerah di Negeri Selangor.

    Jawapan oleh Bahagian Teknologi Maklumat (BTM)

    1. Kelajuan internet di sesuatu kawasan amatlah bergantung pada infrastruktur kawasan berkenaan sama ada menggunakan talian copper atau fiber. Begitu juga kelajuan internet yang tersedia di Negeri Selangor seperti jadual di bawah:
    Bil. Daerah Purata

    Kelajuan

    1. Klang 5 – 20 mbps
    2. Petaling 5 – 20 mbps
    3. Kuala Langat 1 – 4 mbps
    4. Hulu Langat 1 – 4 mbps
    5. Sabak Bernam 1 – 4 mbps
    6. Kuala Selangor 1 – 4 mbps
    7. Hulu Selangor 1 – 4 mbps
    8. Sepang 1 – 4 mbps
    9. Gombak 5 – 20 mbps

    *sumber berdasarkan perkhidmatan TM Unifi dan Streamyx

  2. Bandingkan kelajuan di (a) dengan negeri-negeri lain di Malaysia serta bandar-bandar di negara ASEAN

    Kerajaan Negeri tidak dapat membuat perbandingan dengan negeri-negeri lain di Malaysia serta bandar-bandar di negara ASEAN kerana tiada sumber rasmi yang dapat dirujuk dan tiada laporan khas yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

  3. Apakah inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kadar penembusan dan kelajuan internet di Negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk merapatkan jurang capaian internet di seluruh Negeri Selangor dengan mengambil beberapa inisiatif bagi meningkatkan kadar penembusan internet seperti menambah bilangan lokasi hotspot WiFi Selangorku sebanyak 2500 lokasi menjelang tahun 2016 serta telah mewujudkan 24 buah Pusat Siber Rakyat (PSR) yang dikendalikan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor yang dijadikan tempat menambah pengetahuan berbentuk fizikal dan digital bagi masyarakat luar bandar.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.