Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

303) KEKURANGAN TAPAK RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM (RIBI) DI BANDAR MAHKOTA CHERAS (BMC) DAN SUNGAI LONG, KAJANG

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan tapak-tapak RIBI yang berada di kawasan BMC dan Sungai Long, Kajang.

    Terdapat satu (1) tapak RIBI di kawasan BMC iaitu di Lot 36904, PA 96832 seluas 2188 meter persegi di atas nama Hindu Sangam Cheras Local Council. No Warta 3908 dan disiarkan pada 24 Oktober 2013. Manakala satu (1) tapak RIBI di kawasan Sungai Long adalah di atas tanah hakmilik persendirian Lot 27749, PA 94923 dimiliki oleh Pu Di Lok Yuan, Bodhi Happy Monastery.

  2. BMC dan Sungai Long merupakan kawasan yang sangat luas, namun hanya dua tapak RIBI sahaja disediakan. Adakah kawasan lapang yang tidak digunapakai boleh ditukar kegunaan kepada tapak RIBI?

    Kawasan lapang telah diserahkan oleh pemaju terdahul untuk tujuan rekreasi penduduk setempat sepertimana yang telah ditetapkan olen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan tapak tersebut perlu diwartakan sebagai kawasan lapang. Sekiranya ingin digunakan selain daripada tujuan asal (kawasan lapang) pemohon perlu merujuk kepada PBT selaku penyelenggara kawasan lapang tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.