Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

21) KEKURANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) DAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) DI KAWASAN BANDAR MAHKOTA CHERAS, KAJANG

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan bercadang untuk membina Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di kawasan tersebut memandangkan populasi penduduk yang semakin bertambah?

    JPN sentiasa berusaha memastikan penyediaan  kemudahan sekolah adalah mencukupi bagi keperluan masyarakat setempat. Perkara penting bagi memastikan murid-murid boleh belajar dengan selesa, kondusif dan dapat memberi folus kepada pembelajaran dengan baik. Dalam konteks pembinaan sekolah baharu, JPN akan melaksanakan analisis keperluan secara terperinci dengan mengambil kira bilangan dan kapasiti sekolah sedia ada, kepadatanpenduduk di kawasan sekitar, liputa kawasan tadahan (catchment area), serta perancangan pembangunan berdasarkan perbincangan bersama-sama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi sesebuah kawasan.

    Berdasarkan data JPN pada 3 November 2023, terdapat senam buah sekolah iaitu empat buah sekolah rendah dan dua sekolah menegah dalam lingkungan jarak sekitar 7km di kawasan sekitar Bnadar Mahkota Cheras. Sekolah-sekolah tersebut adlaah SK Taman Rakan, SK Bandar Tun Hussein Onn, SK Desa Baiduri, SJKC Bandar Sungai Long, SMK Bandar Baru Sungai Long dan SMK Perimbun.

     

    Ananlisis data JPN mendapati bahawa bilangan kelas di kesemua sekolah tersebut telah melebihi bilangan bilik darjah sedia ada dan telah beroperasi secara dua sesi. Ini menunjukkan bahawa wujud keperluan pembinaan sekolah baharu bagi memenuhi keperluan dalam kawasan Bandar Mahkota Cheras.

    Justeru itu, JPN merancang untuk mengemukakan cadangan pembinaan sebuah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah baharu bagi memenuhi keperluan pendidikan semua kaum untuk dipertimbangkan di peringkat KPM dalam RMKe-12 Rolling Plan 5 Tahun 2025. Walau bagaimanapun, kelulusan projek pembinaan tersebut adalah tertakluk kepada keutamaan dan kedudukan kewangan kerajaan.

     

     

    Maklumat tambahan:

     

    Maklumat Sekolah Berhampiran (7KM)
    BIL NAMA SEKOLAH SESI BIL. BD BIL. KELAS ENROLMEN ANGGARAN JARAK (KM)
    1. SK Taman Rakan 2 21 45 1488 3.0
    2. SK Bandar Tun Hussein Onn 2 38 65 1959 3.0
    3. SK Desa Baiduri 2 36 39 1334 5.5
    4. SJKC Bandar Sungai Long 2 30 60 2399 3.7
    5. SMK Bandar Baru Sungai Long 2 45 79 2672 3.6
    6. SMK Perimbun 2 44 58 1786 4.4

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.