Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

168) KEKURANGAN PENGANGKUTAN AWAM DI SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menjadikan Negeri Selangor sebagai negeri yang mempunyai kemudahan pengangkutan awam pintar yang bersistematik dan berteknologi?

    Beberapa inisitiaf telahpun dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sebagai langkah awal dalam menyediakan kemudahan pengangkutan awam pintar yang bersistematik dan berteknologi iaitu penggunaan Smart Parking, Selangor Intelligent Transportation System (SITS) dan Scan To Ride (STR) yang diintegrasi bersama aplikasi CEPat bagi kaedah pembayaran. Inisiatif-inisiatif ini dijayakan oleh Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) dan akan ditambah baik dari semasa ke semasa agar kadar penggunaannya di kalangan rakyat dapat diperluaskan.

     

  2. Apakah kerajaan negeri tidak mempunyai perancangan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) di kawasan Dengkil dan juga Taman Putra Perdana, Puchong?

    Penyediaan untuk perkhidmatan pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) memerlukan peruntukan kos yang sangat besar dan  komitmen tinggi daripada pelbagai pihak serta kelulusan di peringkat Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri yakin bahawa penyelesaian masalah trafik dapat diatasi dengan kemudahan pengangkutan awam seperti MRT dan LRT bagi meningkatkan keupayaan sistem pengangkutan awam bukan sahaja di kawasan Dengkil mahupun Taman Putra Perdana, Puchong tetapi secara amnya di Negeri Selangor. Namun pembinaan projek-projek berimpak tinggi ini hanya dapat dirancang sebaik mungkin dengan kajian menyeluruh yang tepat dan kebolehlaksanaannya masih bergantung kepada sumber kewangan yang kukuh, kemampuan dan ketersediaan pihak-pihak luar seperti syarikat-syarikat korporat dalam sektor pengangkutan untuk mengambil risiko dalam merealisasikan projek-projek tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.