Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

74) KEKURANGAN DAN PEMBANGUNAN SEKOLAH AGAMA MENENGAH DI BAWAH JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR DI DAERAH KLANG

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan pelajar sekolah rendah dan Menengah Agama Daerah sejak 2013 hingga 2018?

    Berikut merupakan bilangan pelajar Sekolah Rendah dan Menengah Agama Daerah sejak 2013 hingga 2018:

    Kategori Sekolah Agama Tahun
    2013 2014 2015 2016 2017 2018
    Sekolah Rendah Agama  

    129,378

     

    132,270

     

    134,741

     

    136,906

     

    135,441

     

    139,571

    Sekolah Menengah Agama  

    13,200

     

    13,716

     

    15,215

     

    16,690

     

    13,790

     

    12,716

  2. Adakah ada halangan menambah kelas, guru dan kakitangan untuk sekolah menengah agama sediaada?

    Secara asasnya tiada halangan untuk menambah kelas, guru dan kakitangan bagi sekolah agama menengah sedia ada. Walaubagaimanapun, keutamaan bajet kali ini adalah untuk pembangunan maahad tahfiz yang diuruskan sepenuhnya oleh Kerajaan

  3. Bagaimanakah Sekolah Agama Menengah Nurul Iman dapat membantu pengurangan kepadatan pelajar di SMK Meru?

    Sekolah Agama Menengah Nurul Iman tidak boleh menjadi alternatif bagi mengurangkan kepadatan pelajar di SMK Meru kerana kepadatan penduduk di sekitar kawasan SMK Meru jauh lebih tinggi berbanding kepadatan di sekitar SAM Nurul Iman. Tambahan pula, SAM Nurul Iman agak jauh dari SMK

Lampiran

Tiada Lampiran.