Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

282) KEKURANGAN BERAS TEMPATAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam menangani isu kekurangan bekalan beras tempatan yang mendesak pada hari ini?

    Langkah-langkah yang telah dan sedang diambil oleh Kerajaan Negeri di dalam menangani isu ketiadaan beras putih tempatan (BPT) adalah dengan memberikan penekanan kepada langkah-langkah utama yang perlu ada pada setiap pesawah untuk meningkatkan hasil padi adalah lebih berdisiplin di dalam Amalan Rice Check kerana setiap varieti mempunyai tempoh matang yang berbeza. Untuk mencapai hasil yang maksimum, pemberian input baja haruslah mengikut kadar, jenis, masa dan kaedah yang tepat (site specific nutrient management).

    Selain dari itu juga, Kerajaan Negeri telahpun memutuskan agar satu kajian secara lebih holistik dilaksanakan terhadap bidang tanaman padi di Negeri Selangor bagi mengetahui secara terperinci apakah punca utama kemerosotan hasil padi dan kajian tersebut merangkumi semua aspek termasuk tahap kesuburan tanah, perubahan cuaca, infrastruktur, benih tanaman, penggunaan baja dan kawalan perosak selain dari penggunaan peralatan moden seperti drone untuk penyemburan dan sistem IoT (remote sensing) bagi pemantauan secara atas talian serta penggunaan jentera tuaian yang lebih efektif seperti combine harvester and reaper yang mana jentera tersebut turut membantu meningkatkan hasil pendapatan pesawah melalui penjualan jerami yang telah siap diikat dan juga mengurangkan kadar kehilangan padi semasa tuaian daripada 30% kepada kurang dari 10%.

Lampiran

Tiada Lampiran.