Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

110) KEKURANGAN BEKALAN AIR DI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan jumlah 'reservoir' di dalam negeri dan kapasiti untuk setiap resevoir

    Jumlah loji rawatan air dan kapasiti yang dikeluarkan adalah seperti lampiran berikut.

  2. Sila nyatakan jumlah air yang dibekalkan setiap bulan lima tahun yang lalu dan bila dalam jangkamasa tersebut terdapat kekurangan bekalan air

    Jumlah anggaran setiap tahun pengeluaran keseluruhan loji-Ioji tersebut
    berdasarkan kapasiti reka bentuk adalah sebanyak 4,483 JLH. Anggaran
    pengeluaran dan permintaan adalah seperti jadual di bawah :

    Berdasarkan data di atas, Kerajaan Negeri masih lagi mempunyai lebihan
    pengeluaran air bagi menampung permintaan sehingga tahun 2013.
    Sehubungan dengan itu, situasi kekurangan bekalan air yang berlaku pada tahun 1998 dijangka tidak akan berulang sehingga 2013 melainkan berlakunya fenomena EI-Nino yang serius.

  3. Adalah dijangkakan bahawa kekurangan air akan berlaku kerana penggunaan air yang lebih tinggi dan kekurangan hujan (Kemarau) dalam suku ketiga tahun 2008: i. Apakah langkah-Iangkah yang akan diambil untuk meghadapi kekurangan ini? ii. Adalah langkah-Iangkah diambil untuk mengkaji sumber bekalan air alternatif untuk Negeri Selangor? iii. Adalah difahamkan bahawa satu punca altenatif untuk pembekalan air akan dibekalkan dari Negeri Pahang. Disebaliknya, adalah difahamkan bahawa bekalan air dari Negeri Perak adalah lebih murah, bahkan sempadan Negeri Perak adalah lebih dekat. Oleh demikian pembekalan air melalui paip adalah lebih murah dan efisyen. Apakah langkah-Iangkah yang akan diambil untuk mermberi timbangan mengenai punca alternatif dari Negeri Perak?

    Adalah difahamkan bahawa satu punca alternatif untuk pembekalan air akan
    dibekalkan dari Negeri Pahang. Di sebaliknya, adalah difahamkan bahawa
    bekalan air dari Negeri Perak adalah lebih murah, bahkan sempadan Negeri
    Perak adalah lebih dekat. Oleh demikian pembekalan air melalui paip adalah
    lebih murah dan efisien. Apakah langkah-Iangkah yang akan diambil untuk
    memberitimbangan mengenai punca alternatif dari Negeri Perak?

    i) Langkah yang paling berkesan bagi mengatasi masalah kekurangan
    bekalan air adalah penggunaan air secara berhemah dan berjimat di
    kalangan pengguna terutama pengguna domestik. Selain itu, kaedah
    yang berkesan juga melibatkan pengurangan kadar air tidak berhasil
    (NRW) melalui penggantian paip-paip lama dan operasi mengesan kes-kes
    kecurian air.

    ii) Kajian sumber air alternatif telah disediakan sebelum ini oleh SYABAS
    yang kemudiannya dipanjangkan kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan
    Persekutuan untuk dipertimbangkan kelulusannya. Antaranya ialah
    penggunaansumber air bawah tanah, penyaluransumber air terawat dari
    loji-Ioji yang mempunyai lebihan pengeluaran air ke kawasan-kawasan
    yang memerlukan dan pemindahan air mentah antara lembangan sungai.

    iii) Cadangan pembelian air mentah dari Kerajaan Negeri Perak telah pun
    dibincangkan sebelum ini. Namun begitu, kos penyaluran ke kawasan
    yang memerlukan iaitu di kawasan Lembah Klang dan Wilayah Lembah
    Klang II adalah terlalu tinggi. Sehubungan dengan itu, penyaluran air
    mentah dari Pahang ke Selangor adalah kompetitif dari segi kos penyaluran kerana kawasan agihan dan loji rawatan air yang baru yang akan dibina di Hulu Langat adalah berhampiran.