Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
64) KEKOSONGAN JAWATAN AHLI MAJLIS DI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah kekosongan Ahli Majlis yang masih ada lagi setakat Januari 2017?
Setakat 3 Januari 2017, terdapat hanya tiga (3) kekosongan Ahli Majlis di seluruh Negeri Selangor. Kuasa melantik Ahli Majlis di PBT adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri sama ada lantikan baru atau mengisi kekosongan Ahli Majlis apabila mereka tamat tempoh atau tidak lagi berupaya untuk menjalankan tugas.
-
Apakah sebab kekosongan berkenaan berlaku?
Sama seperti di SUB(a)
-
Apakah polisi Kerajaan untuk memastikan kawasan zon Pihak Berkuasa Tempatan yang tidak mempunyai Ahli Majlis dijaga dengan baik?
Kerajaan Negeri Selangor akan memastikan kawasan zon PBTyang tidak mempunyai Ahli Majlis dijaga dengan baik kerana terdapat Ahli Majlis yang akan memangku tugas sebagai Ahli Majlis Zon Angkat sehingga Ahli Majlis yang baru dilantik. Pada masa yang sama, pihak SPBT juga akan mengawal selia dan memastikan tadbir urus dan operasi di zon tersebut berjalan dengan lancar. Justeru itu, tiada masalah sekiranya terdapat kekosongan Ahli Majlis di kawasan zon tersebut.
Ahli Majlis bagi kawasan zon angkat diberikan Elaun Tanggung Kerja merujuk kepada Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Selangor Bilangan 6/2014 yang telah bersetuju agar pembayaran elaun tanggung kerja kepada Ahli Majlis yang menanggung kerja adalah mengikut kadar tanggung kerja bagi penjawat awam iaitu ¼ dari elaun tetap dan bergantung pada tahap kewangan PBT masing-masing yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2014.
Elaun Tanggung Kerja ini merujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007 (Peraturan Penanggungan Kerja Perkhidmatan Awam).