Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
54) KEKERAPAN PERSIDANGAN DEWAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Soalan ini saya ingin tujukan kepada Tuan Speaker tentang kekerapan mengadakan sidang dewan yang saya lihat amat penting untuk memberi laluan kepada semua Ahli Dewan untuk membahaskan perkara-perkara berbangkit setempat. Adakah Y.A.B. Dato' Menteri Besar akan melanjutkan tempoh perbahasan dan tempoh persidangan dewan seperti yang dijanjikan? Bolehkah saya mencadangkan bahawa mengadakan sidang Dewan bulanan?
PersidanganDewan Undangan Negeri Selangor diadakan sebanyaktiga (3) kali
dalam satu penggal (tahun) seperti berikut :i) Mesyuarat Pertama (Pembukaan)- bulan Mac/April
ii) Mesyuarat Kedua (Rang Undang-Undang)- bulan Julai/Ogos
iii) Mesyuarat Ketiga (Perbekalan)-bulan November/DisemberTempoh panjangnya setiap mesyuarat adalah bergantung pada bilangan urusan
yang berkaitan dengannya. -
Adakah persidangan ini akan diberi siaran langsungseperti yang dijanjikan?
PersidanganDewan UndanganNegeri Selangor boleh dilayari secara langsung
melalui www.selangor.gov.my . -
Adakah persidangan ini akan diberi ruangan yang lebih luas kepada pemberita untuk meliputi?
Ya.