Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
38) KEKERAPAN ADUAN AWAM HAL KUTIPAN SAMPAH TIDAK SEPERTI DIJADUALKAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah ada kajian dan kesan baik dan buruk selepas tindakan kepada kontraktor?
Sehingga kini tiada kajian dibuat berhubung perkara itu. Ini kerana bagi penamatan kontrak kontraktor, PBT-PBT mempunyai SOP penamatan dan back-up kontraktor.
-
Adakah keupayaan fasiliti dan tenaga kerja kontraktor, keluasan zon dan harga rendah punca sebahagian punca masalah ini?
Tidak, setiap kontraktor yang dilantik telah telah meneliti kemampuan masing-masing sebelum membuat tawaran. PBT-PBT telah membekalkan maklumat yang sewajarnya untuk dijadikan asas tawaran oleh kontraktor yang berminat. PBT-PBT juga mewujudkan jawatan kuasa teknikal bagi meneliti tawaran yang dikemukakan bagi memastikan tawaran yang disyorkan adalah dari kontraktor yang benar-benar berkelayakan.
-
Apakah cadangan bagi meningkatkan prestasi pengurusan ini?
Sebagai usaha penambahbaikan, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk PBT-PBT Selangor menggunapakai Garis Panduan Penyeragaman Dokumen Tender untuk Spesifikasi Kutipan Sisa Isi Rumah (2015) yang merangkumi:
- Penyeragaman Dokumen Tender yang merangkumi
- Spesifikasi perkhidmatan kutipan sampah;
- Lori kompaktor;
- Jenis premis;
- Kekerapan kutipan;
- Notis Tindakan Pembetulan (NTP); dan
- Penamatan Kontrak dan Bill Of Quantity (BQ);
- Standard Operation Procedure (SOP)
- Prosedur Pemeriksaan, Penyeliaan dan Pemantauan kerja-kerja kutipan
- Prosedur Siasatan dan Tindakan Aduan
- Prosedur Arahan Kerja Back-up bagi kutipan domestik
- Prosedur Pengambilalihan Penyelenggaraan Perkhidmatan Kutipan Domestik
- Prosedur Penamatan Kontraktor Kutipan Sisa Domestik