Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
93) KEKEMASAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT FLYOVERS, DI JALAN MRR2 DI HULU KELANG
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Hampir semua kawasan flyover atau persimpangan bertingkat dalam Kawasan DUN Hulu Kelang tidak kemas dan tidak bersih. Apakah tiada agensi tempatan dan MPAJ sebarang kuasa dan peranan dalam permasalahan ini?
Untuk makluman MRR2 di Hulu Kelang adalah di bawah seliaan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR). Sebahagian penyelenggaran kebersihan jalan adalah di bawah tanggungjawab konsesi yang dilantik iaitu Syarikat Alloy Sdn Bhd. Manakala sebahagian lagi bermula jajaran daripada Kg. Klang Gate sehingga Ampang Point selenggara oleh pihak EKVE dan SUKE. MPAJ hanya memantau dan tindakan pembersihan pula dilaksanakan oleh agensi berkaitan