Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
200) KEKELUARGAAN ISLAM
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berikan statistik kes penceraian orang islam untuk tahun 2024, 2023 dan 2022 dan pelan tindakkannya untuk mengurangkan kadar kes penceraian di Selangor?
Statistik kes perceraian orang Islam bagi tahun 2022 hingga 2024 di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) adalah seperti berikut:
JENIS KES PEMBUBARAN PERKAHWINAN
TAHUN JUMLAH DAFTAR KES 2022 2023 2024 TUNTUTAN FASAKH 848 713 654 2215 PENGESAHAN LAFAZ CERAI 4121 4225 4437 12783 TUNTUTAN PERCERAIAN 7043 7855 8561 23459 TUNTUTAN KHULUK/ TEBUS TALAQ 25 20 27 72 TUNTUTAN PENGESAHAN CERAI TAKLIK 85 59 67 211 JUMLAH 12122 12872 13746 38740 Statistik Pendaftaran Perceraian untuk mendapatkan Surat Perakuan Cerai (SPC) di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi tahun 2022, 2023 sehingga 2024 adalah seperti berikut :
TAHUN JUMLAH DAFTAR SURAT PERAKUAN CERAI 2022 10,067 2023 9,729 2024 10,720 Kerajaan Negeri melalui JAIS sentiasa berusaha membangunkan institusi keluarga dengan memberdaya peranan setiap anggotanya. Pelaksanaan beberapa tindakan berkala dalam usaha memberi penjelasan dan kefahaman kepada orang Islam di Negeri Selangor berkaitan hak dan tanggungjawab dalam kekeluargaan dan rumahtangga adalah seperti berikut :
- Pelaksanaan program/ kursus/ seminar/ webinar pembangunan keluarga Islam di peringkat negeri, daerah dan kariah secara berkala iaitu:
- Kursus Praperkahwinan Islam
- Skuad Infomasi Kekeluargaan : Nikah, Cerai dan Rujuk
- Seminar Keluarga Bahagia (tajuk berbeza mengikut isu semasa)
- Kursus Pasca perkahwinan Islam
- Seminar Pemberdayaan Wanita
- Seminar Pemberdayaan Lelaki
- Webinar Pasca Perkahwinan
- Mengadakan siri penerangan berkaitan tanggungjawab suami isteri dalam rumahtangga. Termasuk dalam hal ini adalah penekanan kepada isu nafkah kepada isteri dan anak-anak.
- Sesi khidmat nasihat kepada pelanggan yang hadir untuk mendapatkan khidmat nasihat kekeluargaan. Penekanan kepada perlunya suami sebagai ketua keluarga menafkahi keluarga mengikut kemampuan dan memenuhi keperluan orang yang dinafkahi.
- Bimbingan dan sesi khidmat nasihat diberikan terutamanya aspek kerohanian, emosi, dan spiritual serta aspek tanggungjawab terhadap pasangan dititik beratkan untuk mencapai objektif sebenar pasangan dalam kehidupan berumahtangga.
- Edaran flyer, pamphlet berkaitan hak-hak isteri.
- Reruai penerangan di pusat membeli belah atau dalam apa-apa program anjuran agensi lain yang bersesuaian.
- Hebahan penerangan melalui media sosial jabatan.
-
Adakah modul Pra Kursus Perkahwinan ini telah dikemaskini berdasarkan peningkatan kes penceraian di Selangor dan adakah telah disertakan modul bagi mengatasi sihir pemisah diantara suami isteri dalam modul tersebut?
Kursus Praperkahwinan Islam yang dilaksanakan di Selangor adalah seragam dan selaras di semua negeri di Malaysia. Modul bagi kursus ini digubal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Usaha penyelarasan dan penambahbaikan sentiasa dilaksanakan oleh JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dari semasa ke semasa. Modul ini telah disemak secara menyeluruh pada tahun 2018, seterusnya pada tahun 2022, submodul bagi tajuk Pengurusan Kesihatan Keluarga telah dikemaskini susulan maklumbalas pandemik COVID-19 yang telah melanda dunia. Pada tahun 2024, submodul tajuk Prosedur Perkahwinan telah dimurnikan susulan perubahan tatacara di negeri-negeri.
JAKIM juga telah melaksanakan Kajian Pelaksanaan Kursus Praperkahwinan Islam Malaysia dengan kerjasama Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara pada tahun 2024. Hasil kajian ini akan dimuktamadkan dengan penambahbaikan kepada baki submodul supaya pelaksanaan Kursus Praperkahwinan Islam menepati peruntukan undang-undang dan relevan dengan isu-isu semasa.
Bagi isu sihir pemisah di antara suami isteri, ia merupakan salah satu punca aduan kekeluargaan bagi kategori kurang penghayatan agama. Tajuk berkenaan sihir tidak dimasukkan secara spesifik di dalam modul kursus tetapi contoh-contoh kes berkaitan akan dikongsikan oleh penceramah sebagai pengajaran kepada peserta dalam tajuk Pengurusan Stress dan Konflik atau tajuk Pembubaran Perkahwinan.