Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

3) KEJAYAAN PERTANIAN DI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Hasil tanaman padi semakin merosot akibat keadaan cuaca yang tak menentu, apakah insentif Kerajaan Negeri bagi membantu pesawah bagi meringankan beban mereka?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian menyediakan bantuan bagi tanaman padi sebanyak RM2.2 juta setahun. Bantuan diberi dalam bentuk tanaman padi secara transplanting menggunakan mesin, baja tambahan, baja organik, kawalan perosak dan bantuan jentera dan mesin. Bantuan ini boleh membantu mengurangkan kos pengeluaran petani dan meningkatkan hasil pengeluaran padi.

  2. Adakah Kerajaan Negeri bersedia membantu memberikan subsidi khas bagi melestarikan sumbangan petani dan nelayan yang dihimpit masalah ekonomi keluarga?

    Buat masa ini bantuan disediakan oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian dan UPEN Sektoral (yang disalurkan kepada Jabatan Perikanan) bagi membantu mengurangkan kos pengeluaran. Kerajaan Persekutuan juga menyediakan subsidi baja padi dan subsidi harga padi kepada pesawah dan elaun sara hidup kepada nelayan.

  3. Keadaan tanah sawah sudah semakin tidak subur akibat penanaman yang berterusan, adakah Kerajaan Negeri telah mempunyai langkah bagi mengatasinya?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian sedang menjalankan program pemulihan tanah sawah dengan menggunakan bahan-bahan organik. Pemulihan tanah sawah ini perlu dibuat disebabkan tanah sawah ini digunakan sepanjang masa dengan tanaman padi yang akhirnya menyebabkan produktiviti hasil merosot. Jabatan Pertanian telah membuat projek perintis di daerah Sabak Bernam dan akan dikembangkan ke seluruh kawasan penanaman padi yang mempunyai masalah tanah yang tidak subur.

Lampiran

Tiada Lampiran.